Terima Kasih Cik Epal

Cik Epal namanya semakin disebut di mana-mana
Aura Hebat, Follower beribu-ribu ,entry menyengat , aku teruja
Entry ini khas buat Si dia
Buat Cik Epal, Terima kasih kerana entry yang penuh bermakna
First of All, nak minta maaf dengan Cik Epal kerana ambil gambaR tanpa kebenaran dan kasitau awal-awal akan ku copy sedikit ayat dia di entry ku ini nanti. Namun, entry terbaru Cik Epal telah memberikan aku inspirasi, kesedaran, dan motivasi untuk terus menulis blog. Betul-betul tersentuh dan teruja dengan entry itu. Entry yang ku maksudkan itu adalah :
Antara ayat yang telah menyentuh perasaan dan begitu mengujakan ku adalah ( dushh, kena taip satu-satu balik, tidak dibenarkan copy, hak3, aku tetap degil,tetap copy. Sila kutuk saya hebat-hebat jika tidak suka.Hik3…)
1) I am Newbie. Banyak lagi nak belajar….. (fuh,masih down to earth walaupun sudah mantap sekarang)
2) Follow the flow. Jangan terus berlari. Nanti akan jatuh tersungkur. Teruskan usaha. Don’t give up . Biar merangkak dan bertatih tatih macam baby itu. ( Aku rasa apa yang cuba disampaikan, biarlah lambat,asalkan selamat,jangan jadi pantas tapi terkandas di tengah jalan)
3)Sekarang ini blog tumbuh macam cendawan. Macam-macam jenis cendawan ada…. ( Umm,betul juga,hari-hari blog baru muncul)
Dan yang tak dapat dilupakan, ayat ini .Begitu tersentuh dan memberi kesan yang mendalam membacanya :
“Tapi bila cakap pasal blog, itu terpulang pada citarasa dan niat. Kalau niat nak glamour itulah yang kau dapat. Kalau niat nak dapat duit, itulah yang kau dapat. Blogger yang berjaya bukan blogger yang nak duit atau or trafik semata, sebaliknya lebih kepada berkongsi maklumat dan info.”
Betul juga katanya, jika dilihatkan bloggers-bloggers popular dan berjaya seperti:
Kennysia – Berkongsi kehidupan dengan cara yang begitu memikat hati. Lawak-lawak dan ayat yang disusun begitu hebat sekali. Aku jatuh hati dan sebelum aktif berblog, blog Kennysia memang ku singgah hari-hari.
Redmummy – Berkongsi info kekeluargaan, blogging, produk terkini daripada Advertorial dan lain-lain lagi.
BeautifulNara – Berkongsi informasi gosip artis terkini.
Melromeo – Berkongsi tips berblogging, gaya penulisan yang menarik dan pengalaman berblogging yang mengujakan
Tepuk dada tanya selera. Tidak hairanlah, CikEpal walaupun kurang dari 2 tahun berblogging sudah mampu mendapatkan Advertorial Job daripada Nuffnang yang masih menjadi impian ramai bloggers termasuklah saya sendiri. 
Informasi CikEpal ini saya cuba praktikkan untuk entry hari ini, ketika entry ini ditulis ( Selasa, 13 April 2010) dengan entry ini :
Dan inilah Hasilnya :
Hits Tertinggi Minggu Ini
Terima Kasih Cik Epal di atas inspirasi dan entry yang memberikan motivasi dan pembakar semangat. Aura Cik Epal memang mengancam, bolehla rujuk di entry ini juga :
Akan ku cuba mencari rentak ku tersendiri,entry Cik Epal ini benar-benar memberikan nafas baru dan informasi yang dikongsi di sana, betul-betul memberikan kesan mendalam ke atasku.
Last but not least, terimakasih Cik Epal sekali lagi. Dua pantun buatmu :
Cik Epal , usia muda banyak ilmunya
Rajin berusaha kelainan dalam penulisan senjata utama
Teruskan usaha potensi yang besar ada padanya
Mungkin suatu hari nanti ‘Redmummy Junior’ bakal tercipta
Walau apa yang orang kata
Tetap utuh meneruskan perjuangan dan berkongsi untuk semua
Terima Kasih tidak terhingga
Kesedaran dan informasi yang diterima besar maknanya
P/s : Apa pula pandangan anda berkenaan entry yang saya maksudkan itu? Jom kita berkongsi-kongsi pendapat pula untuk kebaikan bersama.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “Terima Kasih Cik Epal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.