Subway Sandwich | Sedap dan Lebih Best Dari Burger

by eyriqazz on 29 April 2010

in food

Subway Sandwich nampak sedap sekali
Pertama kali singgah di sini
Sudah terliur berkali-kali
Baru sempat menyinggahi kali ini
2 minggu lepas sempat pekena Subway Sandwich di Jusco Setiawangsa . Sudah lama teruja nak singgah dan makan di sini tapi tak berkesempatan dan ada saja halangan. Pengalaman yang agak menarik juga, jom join sekali :
Promosi dan Banner yang menyelerakan
Chicken Sandwich untuk saya dan Tuna untuk Isteri
Total termasuk Air = RM27
Inilah pandangan dan feedback saya dan Isteri :
Saya : Sedap dan lain dari yang lain. Kena singgah lagi ni. Dulu masa belajar Kat UK teruja dan teringin nak singgah, memang selalu penuh orang tapi tak halal pula . Dah ada Kat Malaysia ni teruslah mencuba. Memang berbaloi-baloi.
Isteri : Sedap, rasanya lebih sedap dari Burger (tergelak sakan bila wife aku cakap camtu). Dia bandingkan dengan Burger mana ya? Mcd, pasar malam atau gerai tepi jalan? Yang tu lupa pula nak tanya.
Last but not least:
Subway Sandwich lazat dan enak
Indah Khabar, Indah Rupa
Sekali cuba , masih ingin dan hendak
Akan kusinggahi lagi di lain masa
P/s :Korang pernah try Subway Sandwich? Apa pandangan anda?
1 2

Previous post:

Next post: