SimplySiti | Rahsiamu Kini Milik Isteriku

Selepas dipujuk dan digoda oleh Redmummy (Refer Entry INI dan juga komen di ENTRY INI), akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli produk kecantikan SimplySiti untuk Isteri . Eyriqazz pantang dicabar, almaklumlah keturunan Hang Jebat.Hik3.

Jom saksikan pengalaman saya dan isteri membeli-belah produk SimplySiti :

Simply Siti | RahsiaMu Kini Milik IsteriKu
Tagline sebenarnya adalah ‘Rahsiaku Kini MilikMu ataupun It Used to Be My Secret, Now It Yours’.
Petang tadi (Ahad) kami pun singgahla di Watson Jaya Jusco, Setiawangsa. Singgah-singgahje :
Itulah Model terbaru SimplySiti di dalam cermin @ Alisya
Di Watson, Nasib baik tak ramai sangat orang
Lipstik dan Eyeshadow SimplySiti ( berasaskan lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza)
Lagi Produk SimplySiti beserta harganya
Namun, lipstik dan produk yang ingin dibeli oleh Isteri sudah kehabisan stok. Jadi, kami pun singgah di Jusco Wangsa Maju pula. Terkejut, sampai sana sudah ada :
Salah seorang Kakitangan SimplySiti menemu ramah Isteri
Temuramah ini adalah untuk koleksi Peribadi Diari Datuk Siti Nurhaliza. Antara soalan dan jawapan yang diberikan adalah :
1) Kenapa awak mahu membeli produk SimplySiti ?
Isteri : Saya sukakan Siti Nurhaliza dan mahu nampak cantik sepertinya.
2)Apakah produk SimplySiti yang anda ingin miliki?
Isteri : Kalau mampu semua saya mahu beli (Psst,kopak poket aku camni)
3)Dari mana anda mengetahui produk SimplySiti?
Isteri :Dari iklan TV.
Eyriqazz : Dari Internet dan Redmummy(menyampuk )
4)Sampai bila mahu terus menggunakan produk SimplySiti?
Isteri : Sekiranya berpuas hati, ingin menggunakannya selama-lamanya.
Sayapun turut memberikan pandangan dan komen peribadi antaranya :
1) Diadakan Contest untuk pembeli produk SimplySiti seperti dapat memenangi tiket Konsert Siti Nurhaliza, sesi bertemunya dan hadiah produk SimplySiti.
2) Harganya mungkin dapat dikurangkan lagi. Isteri pengguna setia Maybelline, namun harga SimplySiti lebih mahal dari Maybelline. Apapun, yang penting kualiti dan Halal. Namun, jika kualitinya lebih kurang dan juga halal, agak-agak yang mana menjadi pilihan?Tepuk dada, tanya wallet. Hik3..
3)Packagingnya sangatlah Cantik dan menarik hati.4) Promosi turut dibuat di Internet contohnya Blog Advertising seperti di Nuffnang yang begitu popular di kalangan bloggers.

Sebelum pulang :
Isteri Bergambar bersama Kakitangan SimplySiti
Inilah yang saya  belikan untuk Isteri
Gambar dengan lebih dekat
Produk yang dibeli adalah :
1) C Bright Simply 5 Cream (pelembap,pencerah, pelindung matahari, asas make up dan bedak asas yang berharga RM49.90 )
2)Lip Liner (garis bibir) berharga RM18.90
3)Lipstik Hati Berbisik berharga RM35.90
Jadi, jumlah keseluruhan RM104.70. Dushh, takpelah, yang penting Isteri sukakannya dan saya pun sukakannya juga.
Dan inilah hasilnya selepas menggunakan Lipstik Hati Berbisik :
Cantik dan I Love It!! Satu pelaburan yang menguntungkan
SimplySiti disukai Isteri
Produk berkualiti, halal sudahlah pasti
Hati berbisik di dalam hati
Jom Sayang, masuk bilik tambahkan koleksi peribadi (Hihihi)
Untuk lebih lanjut, bolehlah layari Laman Web SimplySiti di http://www.simplysiti.com.my/ ( bila nak buat versi Bahasa Melayu pula ya? )
P/s :Apa pula pandangan anda ? Bagus ke produk kecantikan SimplySiti ni? Saya sebagai suami, apa yang terbaik untuk Isteri, saya menurut sama.

Comments

  1. ♥S@R@♥ says

    huhuhu..bestnyeeeee..nak jugakkk..miahaha
    yg penting halal n produk ‘org kita’ ;)

    tp klu boleh la harga tu kasi murah sikit ;)

    psst..nak bisik kat en.tunang nnt khwin bg hantaran produk kecantikan simplysiti..(nak kena doa bnyk2 ni)

  2. ~ain says

    bagusnya en eyriqazz.. kalau lah saya try bodek suami saya, agak2 dia nak tak belikan saya semua ini.. hehhe

  3. maslinamansor says

    pernah gak survey kat watson. Tapi macam eyriqazz cakap, produk dia mahal sikit… lebih mahal dari Maybelline dan ZA.

    Tengok2 lah nanti kalau terasa terbuka hati nak pakai gak Simply siti nie.. :)

  4. Jard The Great says

    erk! “Jom Sayang, masuk bilik tambahkan koleksi peribadi (Hihihi)”

    apakah maksud ini? ehehehe..

  5. aidah says

    Salam Eyriqazz,

    Hmmm dah lama akak tak dtg memberi komen. Pada akak tak kisahlah apa brand pun nak guna janji bersesuaian ngan kulit kita. Akak masih setia ngan jenama yg akak pakai.

  6. says

    salam..
    hehehe..blh tahan harga produk tersebut. Buat masa ni tak mampu nak bli lgi kot..just bedk dan lipstik yang biasa2 adelah..huhu

  7. says

    lat week pun usha product simplyciti..mmg cantoik packaging die..tapi tu laa, harga die mahal sket dr Maybeline,kenapa tak samakan je harga die ngn maybeline yeh? padahal dulu pun Dato’ siti wakil kepada maybeline.Suke dengan lipstic die… ada tajuk lagu2 die sumee…senang sket nak cari..ha3

  8. says

    ermm teringin gak ni nak try yang ni pulak…weekend ni laa nak pergi beli..

    xper cikgu, pelaburan pada isteri, nanti org tanya “siapa yang cantik tu”

    kan bangga tuuu :) :)

  9. f is fikah says

    teringin jugak nak cuba bila baca entri bro ni.
    sebab skang ni dok setia dengan bedak sejuk herba dan sabun herba je.
    bukan ape,harga tak berapa nak ngam ngan poket skang ni.
    heee.

  10. Anonymous says

    bru smlm shopping produk simplysiti..kt sini c bright 5 cream n c bright exfoliant ada offer..untuk c bright 5 cream cuma rm37.45 je..yg satu lg tu sama jgk regenyer..bru sari pkai dh rsa kelainannya dr produk lain..simplysiti mmg terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing