Pensel 8 hari dalam Alat Sulit | Siapa yang Harus Disalahkan?

Cukup marah dan geram bila membaca tajuk entry Harian Metro Hari Ini . Jiwa seorang lelaki, suami, dan juga bapa berdentum di dalam hati kemarahan bila membaca entry ini :

Serba sedikit apa yang ditulis di sana :
GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.
Selebihnya, boleh la baca sendiri entry itu. Artikel ini turut dipaparkan di Berita Harian : Pensel dalam kemaluan mangsa rogol
Persoalannya, kenapa ini terjadi? Takut aku dibuatnya, anakku semakin hari semakin membesar tetapi gejala sosial dan jenayah di kalangan pelajar sekolah pun semakin berleluasa. Siapakah yang harus dipersalahkan? Kenapa ianya terjadi?
Sifat Syaitan bagiku perkara sebegini. Gadis bawah umur menjadi mangsa hawa nafsu? Apa tindakan pihak berkuasa? Berdiam diri dan buat tak endah saja? Isteriku pun ada cakap, anak murid sekarang tidak seperti dulu, kurang hajar dan sukar untuk dididik. Macam-macam kerenah yang tidak menyenangkan. Ibu bapa pula, bila anak buat salah taknak mengaku salah anak mereka. Kononnya anak mereka la yang terbaik.Depan mereka, pijak semut pun tak mati.
Ahh, aku cukup geram dan marah ditambah lagi Isteriku seorang guru dan selalu bercerita kisah pelajar depanku. Jiwa Great Teacher Onizuka seperti dicabar-cabar dan ditarik-tarik.
Sampai bila perkara sebegini akan terus berleluasa? Institusi keluarga pun semakin runtuh ditambah banyak keluarga kedua-dua ibu bapa bekerja dan kurangnya masa bersama keluarga.Anak-anak yang menjadi mangsa dan semakin liar.
P/s : Kenapa gejala sebegini semakin terjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Pensel 8 hari dalam Alat Sulit | Siapa yang Harus Disalahkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.