Mini Karnival Sukan Jabatanku

Mini Karnival Sukan 2010

Sudah agak lama tidak menyertai pertandingan sebegini. Sabtu lepas, acara ini diadakan oleh jabatanku dengan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan kumpulan berwarna oren (team aku), hitam, merah dan hijau. Seronok juga acara sebegini dijalankan, bersukan menyihatkan kesihatan.

Kita Makan Dulu

Inilah acara yang di pertandingkan :
Dart
Golf Putting
Carrom
Badminton

Saya join semua acara kecuali Carrom .Hak3, dah 2 tahun tak pegang raket badminton tapi gembira dapat masuk final main Mixed Double Badminton. Set pertama final sengit sampai keputusan 20-20, namun akhirnya kecundang juga. Set kedua sudah pancit, kalah mudah. Takpelah, yang penting semangat kesukanan kan?

Keseluruhannya, pasukan Oren kami berkongsi di tempat kedua .Ok lah kan?

P/s : Jom bersukan. Aiseh, bila nak aktif bersukan balik ni? Cita-cita tahun ni hendak kuruskan badan. Camne nak memotivasikan diri singgah pi gym dan bersenam selalu ya? Any suggestion?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Mini Karnival Sukan Jabatanku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.