Melayu Mudah Lupa | Ada Aku Kisah

Tersentuh hatiku dan hampir bergelinangan air mataku apabila membaca kembali Sajak/Puisi Melayu Mudah Lupa nukilan Tun Dr. Mahathir Mohammad . Bila diamati kembali sajak ini, penuh bermakna dan menyentuh hati. Persoalannya :


Ada Aku Kisah?

Berbalik kepada tajuk di atas. Inilah pandangan peribadi saya pula tentang bangsa melayu iaitu bangsa saya sendiri :
1) Melayu Mudah Lupa Pada Janji
– Bak-bak berjanji memang melayu cukup terkenal terutamanya dalam menepati masa. Kalau janji pukul 9 , pukul 10 baru sampai. Sampaikan ada Istilah ”Janji Melayu” muncul. Pernahkah dengar Janji Cina, janji India atau Janji Mat Salleh? Ada Aku Kisah? Aku kisah kerana ianya semakin menurunkan martabat bangsaku sendiri. Wahai Bangsaku, Jangan Mudah Lupa Lagi, Kerana Perjuanganmu Masih Belum Selesai. Sangat tidak suka kepada orang yang tidak menepati janji.
P/s :Cukup kagum dengan Mat Salleh dalam bak menepati janji dan menepati masa. Terlambat satu minit, boleh batal mesyuarat dibuatnya.
2) Melayu Mudah Lupa pada Tanggungjawab Sosial
– Kalau bak hasat dengki, memang tidak dapat lari dari bangsa melayu. Teringat dulu, nenekku sendiri pernah dibomohkan semata-mata perniagaan kuihnya mendapat sambutan yang memuaskan. Kenapa perlu dengki sesama bangsa sendiri? Pantang nampak orang lain maju dan naik sikit,mulalah mahu menjatuhkan terutamanya di bidang perniagaan. Apa salahnya kalau saling bantu membantu sesama bangsa seperti yang dilakukan oleh kaum Cina? Patutla di bidang ekonomi kaum Cina masih menguasai, di negara Malaysia ,tanah air sendiri.
P/s : Ada aku kisah? Aku kisah kerana ianya membuatkan bangsaku semakin mundur dan sikap sebegini patut dikikis. Apa salahnya kalau sama-sama maju.Rezeki yang ada elokla dikongsi-kongsikan?
3) Melayu Mudah Lupa bila Sudah Berjaya
Ramai kudengari di berita dan pengalaman, bila dah berjaya mulalah lupa diri. Rakan yang dulu sama bermain dan makan di gerai mamak sekali, sudah tidak dipandang lagi. Mulalah jadi Sang Gagak yang terbang tinggi tanpa mempedulikan orang lain. Kenapa begini jadinya.
P/s : Ada aku kisah? Aku kisah kerana aku tak suka bila dah berjaya jadi seperti sang merak. Berlagak sombong dan lupakan asal usul.
P/s/s: Marilah sama-sama kita bangunkan kembali Bangsa Kembali. Every Great journey must start with one small step. Marilah kita mulakan dan teruskan perjuangan.Melayu Boleh!!
P/s/s/s : Anda pula bagaimana? Apa pula lagi yang melayu mudah lupa? Ada Anda Kisah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Melayu Mudah Lupa | Ada Aku Kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.