Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar

Marahkan NyamuK KeLambu Dibakar
Membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh itulah maksud/maknanya
Perkara yang kecil diperbesar-besar
Tersilap langkah buruk padahnya
 
Manusia tidak dapat lari daripada emosi termasuklah diri sendiri. Bila emosi menghantui diri, kadang-kadang perkara yang tidak diingini terjadi. Contohnya, masalah di pejabat dan marahkan rakan sekerja, sampai di rumah bawa ke rumah dan Isteri tersilap sikit mulalah melenting. Marahkan orang lain isteri  menjadi mangsa keadaan. Marahkan layanan jururawat di hospital, doktor pula yang menjadi sasarannya.
Sedang belajar untuk mengawal emosi. Terus terang saya katakan , bukan perkara mudah untuk melakukannya . Jadi, berhati-hati dalam melakukan sesuatu.
Oh ya, hebat juga penangan si nyamuk ini. Kecil-kecil berbisa dan boleh membunuh. Denggi pun salah satu pembunuh berisiko tinggi di negara ini. Balik kerja 2 tiga hari ni, hari-hari pekerja sembur gas asap untuk menghalau/membunuh nyamuk. Apa kaitan dengan bakar kelambu pula? Hak3, inilah penangan bila menulis entry dah hampir pukul 1 pagi.
Wahai Si Nyamuk Gigitanmu Berbisa
Bisa Gigitanmu penyakit berleluasa
Terlajak perahu boleh diundur dan buat dek saja
Terlajak kata buruk padahnya (fikir-fikirkan lah)
P/s : Hargai orang tersayang. Don’t take it as granted.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.