Kompaun JPJ naik 333 peratus | Pengguna Lagi yang Menerima Padahnya

Dipetik dan diambil dari Harian Metro Online :

Kompaun JPJ Naik 333 Peratus
KUALA LUMPUR – Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.
Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.
Pandangan peribadi saya :
1) Tindakan yang menyukarkan pengguna. RM300 pun sudah berat dan besar , inikan pula RM1,000. Kadang-kadang kesalahan jalan raya yang dilakukan tanpa disengajakan.
2)Umur dipinda dari 16 ke 17 tahun? Makin ramaila pelajar sekolah yang datang ke sekolah tanpa lesen memandu yang sah yang membahayakan keselamatan mereka juga.
3) JPJ dah takde duit ke? Duit jual plat kenderaan pun berjuta-juta dapat sebulan, kenapa mahu dibebankan lagi pengguna? Kesedaran pengguna jalan raya adalah lebih penting daripada menghukum pengguna dengan kadar yang terlalu membebankan.
4)Pandangan saya,mungkin kesalahan 1-5 kali gunakan yang asal, kesalahan ke 3 dan ke atas, barulah gunakan yang kenaikan 333% itu. RM300 tu cukup untuk belanja makan satu keluarga beberapa minggu.
Apa pandangan anda pula ?
1)Tindakan yang agak bagus. Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
2)Tindakan yang agak tidak bagus. Ekonomi baruje nak pulih, seakan-akan mahu menekan pengguna lagi.
3)50-50.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Kompaun JPJ naik 333 peratus | Pengguna Lagi yang Menerima Padahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.