KOLEKSI KASUT DATO’ JIMMY CHOO

Seperti dijanjikan di entry Jalan-Jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 , inilah koleksi kasut Dato’ Jimmy Choo yang dijual dan dipamerkan di festival ini .


RM350,000 (fuhh, sepuluh tahun gaji aku ni)

Kasut bertatahkan permata dan berlian,  agak-agak siapa yang mampu beli ya? Dengan RM350,000 boleh beli sebiji Kondominium di KL, 3-4 biji Kereta Vios,menunaikan haji ataupun melancong sepuas hati di dalam dan luar negeri.

RM230,000 ( Kalau kerja seumur hidup dan 2 kali pencen pun belum mampu nak beli)
RM230,000 juga
RM150,000 , cantik kan?
RM200,000, sangatlah cantik juga

Yang RM200,000 ni rasanya sesuai dengan Redmummy. Merah-merah gitu dan grant. Hik, Income blogging redmummy setahun (kalau tidak digunakan) mampu untuk beli ni. Betultak redmummy?

Teruja juga nak tengok di satu tempat show nya, namun tidak dibenarkan masuk .Rasanya untuk VIP sahaja kot .Inilah tempatnya :

Ekskusif 
Serba Ungu (kenapa Raflesia ya)
Dikawal ketat

Fuhh, koleksi kasut Raflesia tu mesti lagi menarik kan? Agak-agak ada yang cecah RM1 juta tak? 

Untuk lebih lanjut pasal Dato’ Jimmy Choo bolehla rujuk di sini :

Koleksi Kasut Dato’ Jimmy Choo mengujakan
Rupanya cantik dan menawan
Seronok dipandang namun di luar kemampuan
Tengok sajapun sudah teruja sakan

P/s :Amcam, teruja tak tengok Koleksi kasut Dato’ Jimmy Choo ini? 

P/s/s : Takpelah, dapat Larrie dan Crocodile pun cukuplah untuk ku. Anda pula bagaimana pula?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “KOLEKSI KASUT DATO’ JIMMY CHOO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.