Fara Fauzana dan Faizal Ismail Menang lagi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009

Tuah Artis nampak di wajah yang berseri-seri
Fara Fauzana dan Faizal Ismail Menang Lagi
Tahniah dari saya, kepopularan anda terbukti di ABPBH 2009 malam ini

Tahniah sekali lagi buat Fara Fauzana kerana telah mengondol Anugerah Pengacara TV Wanita Popular dan juga Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 . Tak lupa juga buat Faizal Ismail kerana memenangi hadiah Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2009. 

Saya memang gemarkan kedua-dua artis ini dan turut menjadi Fan mereka di Facebook Fanpage mereka. Keterujaan itu sampai membuatkan saya membuat entry hangit saya sendiri iatu Eyriqazz terkena Panggilan Hangit. Saya tulis entry ni pun nak dedicatekan buat mereka ini, antara artis yang saya gemari.

Sedikit gambar di Anugerah Bintang Popular ini (diambil di kaca TV,hihihi)

Cantik Banner nya kan?
Nabil pun menang Lagi (Artis Komedi Lelaki Popular 2009)
Noorkhiriah pun menang juga sekali lagi (Artis Komedi Wanita Popular 2009)
Adnan Sempit pun ada di sini?
Ramainya Orang

Aznil Haji Nawawi turut memenangi Pengacara TV Lelaki Popular.Kali ketujuh tu. Memang hebatla, dia pun salah satu artis kegemaranku juga. Yunaa dan Black turut memenangi Artis Baru Wanita/Lelaki Popular.

Untuk keputusan penuh boleh la tengok di sini :Ikuti Keputusan Penuh Siaran Langsung ABPBH 2009 Di BeautifulNara dibawakan oleh BeautifulNara.

P/s : Sedih, artis yang paling kami gemari iaitu Rosyam Nor dan Fauziah Latiff tidak tercalon sama. Ohh, kenapa Rosyam Nor tidak tercalon? Biasanya tiap-tiap tahun mesti ada Rosyam Nor. Ada komplot ke nak menjatuhkan Rosyam Nor ni?Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Fara Fauzana dan Faizal Ismail Menang lagi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.