Boleh Keluar Akaun Dua KWSP Kerana Kebakaran

Kata orang, berkawan biar seribu, musuh pula jangan di cari. Kadang-kadang musibah menimpa tanpa disangka. Jadi, lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan?Perkhabaran berita gembira ini terutamanya kepada pemilik rumah iaitu :


Boleh keluaR Akaun Dua KWSP kerana Kebakaran

Antara Info Seperti Di Entry  INI

1)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mempertimbangkan permohonan ahli untuk pengeluaran wang dari akaun dua ekoran kemusnahan rumah yang teruk akibat kebakaran.

2)Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, walaupun kebakaran tidak termasuk dalam istilah bencana namun untuk membolehkan pengeluaran wang simpanan dari akaun dua KWSP, pemohon mestilah memperolehi pengesahan daripada pihak berkuasa.

3)Pengeluaran yang boleh dibuat akibat kemusnahan rumah berdasarkan nilai menyeluruh dan kerosakan rumah yang perlu dibangunkan semula sesudah terbakar.

4)Beliau (Datuk Dr Awang Adek) juga meminta KWSP mempercepatkan proses permohonan pengeluaran wang dari akaun dua oleh mereka yang mengalami bencana. –Bernama

P/s : Umm, nak keluarkan duit sendiri pun susah kan?

P/s/s : Bila pula boleh keluarkan akaun satu untuk kes emergency seperti rawatan perubatan, bayar hutang bagi mengelakkan tindakan undang-undang?

P/s/s/s :Agak-agak bagus ke Inisiatif ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

1 thought on “Boleh Keluar Akaun Dua KWSP Kerana Kebakaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.