Apa Yang Aku Belajar Dari Bloggers di Luar Sana

Salam dari Eyriqazz,

Siapa bilang berblog itu buang masa? Siapa bilang berblog itu merugikan dan tiada faedah ? Siapa bilang berblog itu  tiada ilmu yang bagus untuk dikongsi? Kali ini, eyriqazz ingin berkongsi pengalaman pasal :


Apa Yang Aku Belajar Dari Bloggers di Luar SAna

Gambar bayi ini adalah lebih kurang gambaran eyriqazz yang masih bayi dengan dunia blog ini ( 8 bulan aktif berblog). Inilah yang Eyriqazz pelajari dari bloggers di luar sana yang ingin dikongsikan bersama :

Redmummy – Berblog mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dan cara penulisannya terutamanya Advertorial Job telah membantu eyriqazz dalam memperbaiki mutu menulis Contest dan Alhamdulillah, setakat ini, lebih dari RM7K hadiah telah dimenangi melalui Blogging Contest.

Melromeo – Inilah Sifuku. Hasil tunjuk ajarnya banyak tips-tips berblog yang menarik yang boleh diperolehi. Jika dulu nak cecah 300 uniques pun susah, berkat tunjuk ajar Melz, masalah itu berjaya diselesaikan walaupun tanpa berblogwalking. Tak lupa juga, dia byk mengajarku cara untuk lebih mesra dengan pembaca.Namun, aku sedih juga kerana dia sudah tidak lagi berada di KL. Rasa cam tak best tanpa kehadirannya nanti di bloggers gathering terutamanya.
Sharinginfoz – Informasi berguna terutamanya info berkenaan kewangan dan informasi semasa. Seakan membaca naskah surat khabar yang telah dikemaskinikan dengan informasi berguna.

Sepet – Mengimbau kembali zaman remaja dan zaman muda-muda yang begitu mengujakan.

AbangNara – Honestly, saya sukakan blog ini. Banyak informasi dan tips berguna dari Abangnara yang juga pemilik BeautifulNara yang popular dan sensasi ini. Personal tips dan cara penulisan yang lebih serius dan personal touch dari AbangNara. Bila nak update blog ni Bro? Hari-hari aku singgah, bersawang je lagi. Kan aku report kat SKMM baru tahu. Hak3…
Bean Moreno – Hidup ini indah dan penuh keceriaan. Suka tengok keletahnya dan gaya penulisannya yang lain dari yang lain. Don’t worry bro, mungkin suatu hari nanti blogmu akan popular mengalahkan Mr Bean sendiri. Teruja bila baca Undang-Undang Penulis darinya. Rupanya dalam menulis ni banyak undang-undang yang kena dipatuhi. Bro, plz jgn saman aku ya?
Kak Ina KL – Resepi dan gambar masakan yang begitu menggiurkan hati walaupun belum pernah dicuba lagi. Honestly, aku mula tertarik untuk selalu join Event Nuffnang apabila membaca entrynya memenangi Blackberry. Sampai sekarang, boleh dikatakan semua event Nuffnang aku joini dan aku gembira sangat-sangat dengan semua event yang Nuffnang anjurkan.
Darkbatman – Banyak tips berblog yang best dikongsi disini. Teruja dengan dia ni. Full time blogger, hensem dan bergaya. Mampu pergi jauh dan mungkin akan jadi salah seorang Featured Blogger Project Alpha Season X . Strategi berblog yang disusun olehnya memang menarik dan terus terang aku katakan berbaloi baginya menjadi full time bloggers. Penuh berdedikasi dalam menulis, strategi yang mantap, dan mesra dengan pembaca.
JARD – Setia kepada Sang Viva. Gaya penulisannya yang lain dari yang lain buatkan hati terhibur untuk membaca. In person, ada gaya Ustazah skit ditambah dengan cermin matanya. Hik3..jangan marah ya.Profile yang ditulis memang kreatif iaitu Just Another Regular Dudette. Ku hanya insan biasa yg berjantinakan perempuan . Jangan pandang rendah pada perkara yang dianggap kecil, mungkin itulah yang menjadi penariknya.
KancilBiru – Semangat kental dalam berblog dan sikap tidak mudah putus asa. Teringat lagi tahun lepas dia asyik wish aku Congratz menang 2 minggu berturut-turut Project Alpha Blogging Contest. Tup2, di episod ke 6 kalau tak silap, Hadiah Pertama menjadi miliknya. Di situ aku belajar,teruskan usaha dan teruskan mencuba. Menang atau kalah, dua-dua akan ada hasilnya (kalahpun akan ada orang yang akan baca entrykan?)
Part 2 bakal menyusul. Ini part pertama. Lebih banyak pendedahan  akan bloggers di luar sana akan diumumkan nanti. Teaching (berkongsi informasi) and Learning, itulah yang saya amalkan dalam berblog ini.Anda pula bagaimana?
P/s : Apa pula yang anda pelajari dari bloggers di luar sana?Kongsi-kongsila, mungkin ada informasi menarik yang boleh saya belajar sama.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Apa Yang Aku Belajar Dari Bloggers di Luar Sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.