Wanita Masih ‘Monopoli’ Universiti

Terbaca entry ini , Wanita Masih ‘Monopoli’ Universiti di Berita Harian , terpanggil sama untuk memberi pandangan peribadi berkenaan hal ini.

Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan Universiti
Antara kupasan dan intipati menarik berkenaan entry ini adalah :
  1. Kebanyakan universiti awam di negara ini, dimonopoli pelajar wanita yang mencatat sehingga 65 peratus, berbanding lelaki sekitar 35 peratus dan bilangan itu dijangka mencapai tahap membimbang-kan jika tiada sebarang langkah diambil untuk mengimbanginya.
  2. Berikutan itu, katanya pembinaan asrama di beberapa universiti juga mengambil kira kesesuaiannya untuk penghuni wanita berbanding lelaki bagi memenuhi keperluan pelajar siswi yang semakin bertambah setiap tahun
  3. Kementerian sudah lama menyedari hal ini dan perkara ini perlu diatasi dengan bijak kerana kemasukan pelajar ke universiti dan kolej adalah berdasarkan merit dan kebolehan mereka.
Persoalannya sekarang,  kenapa perkara ini berlaku ?
Adakah kerana semakin ramai pelajar lelaki terjebak dan berminat menjadi Mat Rempit?
Jangan jadi Mat Rempit, jadikan Kisah Mat Rempit ini sebagai pengajaran. Inilah pandangan peribadi ku kenapa jurang begitu besar antara pelajar wanita dan lelaki di Universiti (2:1 lebih kurang).
1) Bilangan populasi wanita yang lebih ramai di Malaysia. Kalau ikutkan bancian terkini, rasanya nisbahnya adalah 1:3 (lelaki vs wanita)
2) Sikap. Lelaki mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya dan terjebak dengan gejala tidak sihat contohnya merempit. Tidak dinafikan juga, wanita lebih rajin dalam pelajaran ini.
3)Minat. Lelaki terutamanya di kampung lebih berminat dengan bidang teknikal seperti membaiki kereta, pertukangan dan sebagainya.
4)Zaman sudah berubah. Dulu ramai wanita yang kahwin awal . Sekarang ini, majoriti keluarga kedua-dua bekerja termasuklah saya sendiri. Kos sara hidup / sifat wanita yang lebih berdikari dan mahukan kerjaya sendiri menjadi salah satu sebab perkara ini berlaku.
5) Tepuk dada tanya selera. Sejak zaman saya belajar pun, memang bilangan pelajar wanita lebih ramai. Bila dah fly ke UK, barulah nisbahnya sekata.
Oh ya, kalau diikutkan keputusan SPM, pelajar cemerlang/terbaik sudah bertahun-tahun dikuasai kaum wanita termasuklah yang terbaru, SPM 2009.
P/s : Apa pula pandangan anda? Kenapa agaknya wanita memonopoli Universiti?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Wanita Masih ‘Monopoli’ Universiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.