Trafik Konsisten Pertama Kali

Salam dari eyriqazz. Minggu lepas, saya bereksperimentasi dengan blog saya sendiri. Saya kurangkan berblogwalking dan cuba letak entry yang lebih pelbagai bagi melihat potensi entry. Hasilnya, inilah yang berlaku :
Trafik Konsisten Pertama Kali
Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun perasan hebat. Lagipun, seperti anda tengok sendiri, mana hebatnya pun kan? Trafik harian pun kurang 550 unique sehari. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman peribadi, mungkin boleh membantu dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu melihatnya dari sudut yang positif. Saya pun masih baru disini, jadi marilah sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman.
Minggu lepas eksperimen yang saya lakukan adalah :
1) Saya kurangkan berblogwalking . Saya cuba untuk melihat dan menilai potensi blog saya ini tanpa blogwalking . Saya mahu lihat berapa loyal reader tanpa blogwalking seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.
2)Entry yang pelbagai dan entry mencuba. Di sini saya dapat lihat di mana entry yang berpotensi untuk dikembangkan dan entry yang kurang diminati. Jadi, mudahlah untuk saya perbaiki mutu penulisan di kemudian hari.
3) Menulis sekurangnya 2 entry sehari. Ada perubahan di sini.
Jadi, tips yang saya ingin kongsi melalui pengalaman peribadi di sini adalah :
Blogging Tips
1) Pelbagaikan entry dan cubalah bereksperimen dengan entry anda. Lihat entry macam mana yang digemari dan kurang digemari. Gunakan Nuffnang Analytics dan juga Analytics yang lain untuk menilai potensi seperti Google Analytics, dan GetClicky Analytics.
2)Lebihkan entry di hujung minggu. Mungkin ramai yang cakap hujung minggu susah nak dapat hits kan?Inilah pertama kali hujung minggu saya hits berjaya menyaingi hits di hari biasa. Kenapa ye? Pandangan saya, hujung minggu tak ramai yang update blog jadi anda sudah ada kelebihan di sini. Blog anda lebih terserlah dan mudah untuk di terjah. Hujung minggu pun, mesti ada juga yang lepak di depan komputer kan?
3) Konsistensi dan jangan mudah mengalah. Biarlah anda dengan cara anda tersendiri dan perbaiki kelemahan diri.
4) Bermain dengan SEO (Search Engine Optimization ). Sayapun kurang arif dengan SEO ni namun saya sedang mencuba. Alhamdulillah, sekarang ni sudah nampak perubahan. Walaupun kata orang, blogspot agak susah untuk bermain dengan SEO, itu bukannya penghalang. Banyak tips dari Melromeo telah membantu saya dalam permainan SEO ini.
P/s : Apa pula pandangan anda? Mana yang anda suka, trafik konsisten ataupun trafik naik turun seperti yo-yo?
P/s/s : Ada sesiapa mahu menambah? Berkongsi tidak akan mengurangkan ilmu yang kita ada. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita perbetulkan niat.InsyaAllah, niat yang baik , akan baiklah balasannya.
P/s/s/s : Blogwalking seperti biasa akan diteruskan kembali.Blogwalking pun salah satu promosi berkesan untuk blog jika kena dengan caranya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

66 thoughts on “Trafik Konsisten Pertama Kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.