Tips | Nickname Oh Nickname

Salam semua. Kali ni saya ingin berkongsi pendapat dan berkongsi tips buat semua.Tips ini dari beginner, buat beginner dan jika ada tersalah silap, harap maafi dan tegur-tegurla ya?Sharing Is Caring, teguran ku terima. Tips kali ini yang ingin kukongsikan dan meluahkan pendapat adalah :

Nickname oh Nickname (Gambar Credit to Pakcik Google )
Sebelum saya meneruskan, saya ingin bertanya, siapa di sini yang tanpa bantuan pakcik google boleh kasitau nama penuh Saiful Apek? How about Erra Fazzira, Fauziah Latiff , dan Rosyam Nor? Ok-ok,kita di dunia blog, siapa boleh kasi tau nama penuh Redmummy, BeautifulNara mahupun SixthSeal?
Bagi saya, pemilihan nickname adalah amat penting dalam berblogging. First impression and long term benefits (especially to gain loyal readers). Kita lupakan seketika entry mengancam, entry membunuh, layout yang gempak dan kebabooom, dan SEO . Kalau cakap pasal entry mestilah mantap, camna nak define mantap? Mungkin entry yang kita tulis mantap bagi Mr A, tapi hampeh giler bagi Mr B , dan ala kadar bagi Miss C .
Saya ambil contoh mudah, bloggers yang cukup mantap, nickname yang menarik dan Income yang lumayan dengan berblogging iaitu :

Cik Epal dan Melromeo (Pasangan bloggers yang sedang Bercinta,Miahahaha,tiru gelak dan gurau je Melz)
Pengalaman peribadi, first time masa Cik Epal singgah menggunakan nickname Chipsmore,umm tak mengujakanla.Chispmore?Biskut ke?Selalu je makan.Takpelah,later2 singgah. Bila dia tukar nickname Cik Epal, ehh,mengujakan. Tertanya-tanya, kenapa Cik Epal? Adakah kerana pipinya macam epal dan bermacam-macam persoalan singgah di hati.Terus ku terjah blognya tanpa berfikir panjang.Begitulah juga dengan Melromeo.First time , mamat ni hensem giler ke sampai gelarkan diri Romeo?Hik3, lepas terjah memang hensem pun.Memang layak jadi model.
Andainya sepuluh orang menyinggah dan kesepuluh2 orang ini first time menyinggah dan anda langsung tak tahu pasal blog mereka sebelum ini, dan daripada 10 itu inilah nickname mereka? Siapa yang rasanya anda lebih rasa teruja nak singgah blognya (abaikan apa yang dia komen buat seketika)
1)Melromeo vs Eyriqazz
2)Cik Epal vs Chipsmore
3)Bean Moreno vs Kacangputihitusedap
4)Redmummy vs MamaFarisyaAyu
5)AbangNara vs AbangSaya
Rasanya, 9 daripada 10 akan memilih yang mula-mula tu kan?Begitulah aura nickname.Kalau auranya tak mengancam, manakan bloggers popularpun pakai nickname hebat dan mengancam kan?
How about Eyriqazz?Hik3,mesti tak berapa best nickname ni kan?Namun, aku tetap pilih kerana ada sebab tersendiri dan aku sukakan keunikannya walaupun agak susah disebut dan dieja.Namun, aku rasa happy juga, bila pi gathering bloggers ramai yang panggil aku eyriqazz daripada namaku sebenar.Rasa nama nickname yang ku pilih mengena ( hahaha,syok sendiri!!)
Jadi, inilah pandangan/tips peribadi ku berkenaan nickname ini :
1)Cari Identiti anda dan cari nickname yang sesuai dengan anda dan mudah disebut.Biarlah unik dan tiada siapa lagi menggunakannya.Jangan terlampau panjang.Nickname yang bagus akan mempercepatkan
blog anda untuk naik .
2)Kalau nickname anda terlampau panjang dan susah diingat, belum terlambat lagi untuk menukarkannya.Gembira bila ada juga orang yang :

Search Eyriqazz di Search Engine (trafik-trafik)
3)Better late than never. Tak salah kalau guna nama sendiri atau sebagainya.Namun, keunikan itu penting.Ehh,Hanis Zalikha pun pakai nama sendiri kan? Nickname inilah yang membuatkan kita mudah dikenali especially bila pi gathering , jadi orang mudah mengenali kita, tidak la nanti, ehh, siapa nama mamat tu? Si TopengHijauSpidermanKelabuke? Word of mouth is a very powerful tools nowadays.Jadi, tepuk dada tanya selera.
4)Oh ya, kalau nak tahu nickname anda itu sesuai ataupun tak, mudah saja.Tanyalah pembaca anda.Ok ke nickname yang anda pilih? Kalau pembaca anda malu untuk menjawab, tanyalah rakan-rakan bloggers yang rapat.
Honestly, during gathering, aku akan cakap dan kasi pandangan kalau aku rasakan nickname mereka kurang menarik/sesuai.Terima atau tidak, itu terpulangla.Lagipun,tak semestinya yang aku cakapkan itu betul.Kalau diorang segan juga, bolehlah tanya eyriqazz, eyriqazz akan menjawab dengan ikhlas dari pandangan peribadi membaca blog orang bertahun-tahun lamanya sebelum mula menulis blog secara aktif 6 bulan yang lepas.
P/s :Apa pula pandangan anda?Pentingke nickname ini?
P/s/s:Apa pula pandangan anda pasal nickname Eyriqazz?Bagus, hampeh, atau syok sendiri?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

111 thoughts on “Tips | Nickname Oh Nickname

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.