Tips | Masalah dengan Broadband Anda

Salam dari Eyriqazz. Santai dan gembira dengan entry hangit semalam Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit , kali ini saya ingin berkongsi tips dan pengalaman peribadi berkenaan cara menangani yang berkesan apabila mengalami masalah dengan broadband anda. 

Blogging Tips | Tangani Masalah Broadband Anda (Gambar Kredit to Pakcik Google)

Bagi seorang bloggers, internet/broadband line yang stabil sangatlah penting. Yerlah, ianya memudahkan kita mengupdate blog, dowload/upload gambar yang diletakkan di blog dan juga berblogwalking dengan lebih pantas dan berkesan.

Saya pun pernah mengalami situasi menghampakan dengan broadband saya ataupun dengan lebih tepat dengan line streamyx yang saya pakai sekarang. Dulu, ianya asyik disconnect, tersangat perlahan  mengalahkan siput, dan tak boleh online beberapa hari. Macam-macam alasan yang diberikan, kabel rosak, technician akan datang dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada tips kita. Inilah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah dengan broadband anda :

1) Semak Package yang anda beli/langgani (Macam saya ambil package Streamyx Combo yang paling murah iaitu Download Rate :384kbps, upload rate : 128kbps)

Bila anda perasan line anda dah tak betul, semak kadar dowload dan upload anda di internet. Boleh semak dengan menggunakan speedometer seperti di :

Kadar yang memuaskan adalah apabila anda berjaya memperolehi > 75% kadar download dan upload speed yang ditawarkan. Sekiranya kurang, maknanya, broadband anda ada masalah dan broadband provider tidak menunaikan janji yang dijanjikan.

2) Selepas itu, bolehla menghubungi Customer Service provider anda tidak kiralah Streamyx, Celcom, P1 Wimax, Digi, ataupun Maxis. Beri masa kepada mereka lebih kurang 2 minggu ke sebulan untuk menyelesaikannya.


3) Jika masalah anda masih tidak diselesaikan ataupun Service Provider ambil sikap acuh tidak acuh, inilah tindakan yang paling berkesan dan senjata yang saya telah gunakan yang saya rasakan sangat membuahkan hasil .

Buatla aduan anda di sini :

Adulah di website aduan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia seperti di atas. Percayalah, bila aduan diadukan kepada pihak yang lebih atasan, mereka akan lebih mengambil berat aduan kita dan akan cuba menyelesaikan secepat mungkin. Saya telah mencubanya 3 kali dan hasilnya :

1) Saya mendapat rebat keseluruhan melebihi RM300
2) Line Internet/Broadband saya telah stabil. Tiada lagi selalu disconnect dan kadar tidak menepati janji
3) Saya semakin berpuas hati dengan line saya sekarang dan saya rasa saya akan bagi peluang lagi kepada Streamyx kerana banyak perubahan telah berlaku sejak aduan saya dibuat.

Selebihnya, boleh la tengok dan rujuk entry ini : Streamyx oh Streamyx

P/s : Cubalah dan lihatlah hasilnya sendiri. Pengalaman peribadi dikongsi bersama, salah silap harap dimaafi ya.

P/s/s : Amcam, ok ker tips ni ? Banyak lagi personal tips yang mahu dikongsi, ada masa saya tulis lagi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Tips | Masalah dengan Broadband Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.