Tersentuh Hatiku Menerima SMS Itu

Ketika entry ini ditulis ( Malam 25/3/10), hatiku meronta-ronta untuk mencari jalan penyelesaian selepas menerima sms itu. Cukup syahdu dan menusuk kalbu di sanubariku. Jiwa seorang manusia mana yang tidak dirobek hatinya apabila menerima sms itu.

Ini Soal Hati dan Perasaan
Inilah SMS yang kuterima itu sebelum aku pulang dari kerja. Sudahla hujan turun dengan lebatnya, semakin berdentum di jiwa ini. :
“Salam Abang, fikirkan pekerjaan atau perniagaan yang abas boleh jalankan.Contohnya macam homestay yang abang bagitahu baru ni tu. Buat la apa-apa pun yang nampak boleh pergi jauh.Abas mari fikir juga duduk dalam keadaan camni. Tiada permulaan untuk melakukan sesuatu.Abas buntu tak tahu apa yang perlu dilakukan.Fikirkanlah untuk masa depan abas. Abang sahaja harapan Abas sekarang”
Itulah sms yang kuterima daripada :
Adik Bongsuku, Abas
Tidak sangka, hebat juga adikku berkata-kata. Adik bongsuku ini umurnya 19 tahun, namun sayang Result SPM nya tidak berapa bagus dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Sekarang ini dia buat kerja kampung seperti menjadi pelayan gerai makan, ikut atok menoreh getah, dan macam-macam lagi. Yerlah, sampai bila dia mahu begitu kan?Sebagai abang sulung, aku rasa ini adalah tanggungjawabku juga. Sedih hatiku bila memikirkan kisah adikku yang seorang ini.
Selepas berbincang dengan adik perempuanku akan idea untuk adik bongsuku iaitu homestay, jual burger, dan gunting rambut, akhirnya kami memilih yang terbaik dengan minat ,kewanganku dan adikku adalah :
Membuka kedai Gunting Rambut
Adikku memang ada minat untuk mengunting rambut dan dia selalu guntingkan rambut rakan-rakan nya.Cuma masalahnya dia tidak ada kepakaran yang sepatutnya.Aku lontarkan idea ini dan inilah balasan dari adikku :
“Ok juga gitu Abang, lagi pun Abas memang minat juga gunting rambut ,tapi tak tahu dari mana nak mula.kalau boleh ,abang tolonglah research kan mana-mana kursus berkaitan gunting rambung dalam internet di Terengganu.”
Jadi, disini aku ingin meminta pendapat dan bantuan korang. Sudah puas aku search internet namun tidak kutemui jawapan yang kucari.Kat mana ya boleh dapatkan kursus gunting rambut di Terengganu. Pasal bayaran tiada masalah.

Sms dihantar buatku tak keruan
Adik kesayangan dalam dilema
Jasa baik dan pandangan dari anda saya mohonkan
Terima Kasih dari saya tidak terhingga

P/s : Kadang-kadang bila kita sibuk dengan hal diri sendiri, insan terdekat pun kita boleh lupa. Mujurla adikku masih sudi hantar sms meluahkan masalahnya. Kalau anda di tempat saya , apa tindakan yang akan anda buat ye? Mana tahu saya boleh gunakan untuk membantu adik bongsu saya ini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Tersentuh Hatiku Menerima SMS Itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.