Pengalaman Malam Pertama Bersama Astro B.yond

Salam dari eyriqazz. Gembiranya di dalam hati. Malam ini (ketika entry ini ditulis ) semuanya berjalan lancar. Projek RM200,000 sudah siap ditandatangani . Nantilah bercerita pasal ini kalau keadaan mengizinkan dan semuanya selesai. Teruja untuk berkongsi pengalaman malam pertama bersama Astro B.yond terlebih dahulu.

Petang tadi , pemasangan Astro B.yond yang ku menangi berjalan dengan lancar. Yey, boleh la tengok World Cup dengan penuh teruja bak kata BangNara .Jadi, tanpa membuang masa inilah yang ingin dikongsi :
Astro B.yond bersama LG HDTV
Padang dan Gambar lebih Jelas Kelihatan
Sebelum itu, pemasangan percuma bersama penukaran baru :
Astro B. yond outdoor unit (dish)
Astro B.yond and New Smart Card
Remote Astro B.yond yang baru
Agak-agak mengujakan tak Astro B.yond ini? Sebelum saya mengomen lebih, tengoklah dahulu hasilnya gabungan LG HDTV dan Astro B.yond :
Lihat dan Dengar tidak seperti dulu (lebih mengujakan)
Rasai dan Sentuhi tidak seperti dulu (lebih mempesonakan!!)
Memang jelas pemandangan.Lincah juga Reyes ni.
Tolong-tolong, saya kena Kad Merah
Keseluruhan nya memang best.Mengujakan, tergoda, dan aku terhibur .Tak sia-sia menang Contest INI. Selamat RM200 untuk subscription Astro B.yond tahun ini, rezeki anak. Boleh belikan pampers dan baju kegemaran untuk Alisya.
Tak sabar nak menonton Manchester United lawan AC Milan di Champion League pagi lusa. Aku peminat setia AC Milan. Hak3, moga-moga AC Milan menang bergaya.Malam pertama yang dilaluiku dengan penuh teruja bersama kekasih baruku, LG HDTV dan Astro B.yond . Lepas ni boleh la subscribe HBO HD (Ch 431) , National Geographic Channel HD (Channel 573) dan juga HISTORY HD (Ch 575) pula. Mudah-mudahan murah rezekiku lagi.
Untuk maklumat lanjut pasal Astro B.yond boleh layari laman web ini : http://www.astro.com.my/byond . Banyak informasi dan maklumat menarik boleh diperolehi di sana berkenaan Astro B.yond ini.
Satu pantun buat Astro dan Nuffnang :
Terimakasih Astro dan Nuffnang atas hadiah yang diterima
Aku teruja aku gembira
Pengalaman malam pertama penuh mempesona
Pengalaman malam seterusnya tak sabar menantinya
P/s :Lepas ni bolehla layan World Cup dengan lebih teruja. Rakan-rakan bloggers,jemputlah ke rumah. Hik3.Boleh kita bergosip sama-sama.
P/s/s :Apa pula pandangan anda? Rasanya Astro B.yond ni bagus tak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

41 thoughts on “Pengalaman Malam Pertama Bersama Astro B.yond

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.