Nini Celup-celup

Salam dari Eyriqazz. Harini saya ingin berkongsi pengalaman semasa di sekolah rendah. Cerita ini diberi nama :
Nini Celup-Celup

Semasa di sekolah rendah, eyriqazz ni boleh dikatakan sedikit nakal juga.  Pengalaman ini berlaku semasa saya darjah 6, masatu saya belajar di kelas 6 Putih dan dipendekkan cerita seorang minah ni namanya Siti Nor Harnini dari kelas 6 kuning kalau tak silap tapi kami satu kelas panggilnya Nini sahaja.
Nini oh Nini
Nini ni cantik orangnya.Dia mempunyai mata yang agak galak dan menawan. Masatu kami budak-budak lelaki sekelas suka menyakat si Nini ni. Masatu saya tidak tahu apa itu istilah cinta lagi namun suka tengok kejelitaan dan kecantikan si Nini.
Suatu hari, ketika waktu rehat kami 2 tiga orang budak sekelas menyakat Nini. Nini bukan main marah lagi dan halau-halau kami. Makin dimarahi makin menjadi-jadi. Entah camne,masatu teringat iklan Nini yang tengah hangat di tv masatu. Apalagi,saya pun teruslah :

Saya : Nini celup-celup.Nini celup-celup (Sambil tunjuk gaya dengan tangan mencelup-celup).

Rakan-rakan saya gelak bukan main lagi. Saya pun tak faham masatu, kenapa mereka gelak sakan.Makin diorang gelak, makin saya menjadi-jadi .

Saya :Nini celup-celup (dengan gaya lagi) .Sedap dimakan begitu saja.

Nini tersipu-sipu malu dan beredar.

Fuhh, beberapa tahun selepas itu, yerlah saya ni lambat sikit matang, barulah faham kenapa diorang gelak sakan. Adussh,bila fikir balik malu juga dibuatnya.Hik3, apapun pengalaman itu mekar di dalam memori. Pernah masa sebelum melanjutkan pelajaran dulu terserempak dengan Nini di bandar, tak pastilah samada dia kenal lagi saya or tak, yang pasti saya pula yang tersipu-sipu malu dan cuba mengelak dari bertentang mata dengan Si Nini.

P/s : Agak-agak korang faham tak kenapa rakan-rakan sekelas gelak ye?(Oink3)

P/s/s : Camna pula pengalaman anda?Tentu ada pengalaman masa sekolah rendah yang bila difikirkan kembali buat tergelak seorang diri kan?

Nini | Coklat Celup Sedap Dimakan Begitu Saja
P/s/s/s :Sehingga kini aku masih menggemari Nini. Nini Coklat Celup memang sedap dimakan.Anda pula, pernah try Nini? Sedaptak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Nini Celup-celup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.