My Favourite Surfing Spot

Potong, potong, potong, teruja betul bila tengok iklan P1 Wimax. Double meaning , mudah diingat dan menjadi sebutan sehingga ke Parlimen. Memang berkesan iklan yang dihasilkan oleh P1 Wimax sehinggakan Streamyx beberapa kali mengubah iklannya bagi menyaingi kehebatan iklan P1 Wimax  broadband tersebut.
Anda sudah potong? Saya sudah, masa kecil-kecil dulu.Hak3..
Kalau sebut pasal broadband, mesti ramai yang tahu dan teruja terutamanya bloggers.Tanpa broadband mana mungkin boleh berblog kan?Itulah kepentingan broadband. Tidak hairanlah, syarikat broadband terkemuka seperti Streamyx, P1 Wimax, Celcom, Digi, dan sebagainya semakin hebat mempromosikan produk mereka dengan idea-idea dan tawaran yang cukup lumayan dan tertarik.
Kita lupakan seketika pasal broadband ni. Kalau surf internet di mana tempat yang paling best nak surf internet @ My Favourite Surfing Spot. Tempat kegemaranku untuk surf internet, tidak lain dan tidak bukan adalah :
Ruang Tamu (kredit gambar kepada Pakcik Google yang hensem)
Kenapa ruang tamu menjadi pilihanku :
1)Santai. Sambil tengok tv, boleh surf internet. Sambil menyelam sambil minum air. Bestkan?
2)Persekitaran yang selesa. Sambil-sambil tu boleh perhatikan anak kalau anak tengah tidur di ruang tamu, tengok isteri memasak dan pandang ke luar sambil mencari idea untuk menulis.
3) Pantas. Lepasje surf internet,senang nak simpan laptop di dalam bilik sebelahnya.Jadi, takde isteri membebel kalau laptop terlupa disimpan.Hik3..
P/s :Anda pula bagaimana?
Namun, bagiku yang suka bercuti, balik kampung dan jalan-jalan, rasanya lebih mudah kalau ada modem yang  boleh dibawa ke mana-mana kan? Sambil surf-surf internet, ternampak satu modem yang cukup cantik dan menarik. Fuhh, tergoda aku dibuatnya. Nak tahu modem apa?Inilah dia :
P1 Wimax Wiggy
Fuhh, modem dari P1 Wimax ni memang cantik .Pernah pergi kedai dan lihat sendiri. Kecil ,ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Harap-harap bulan 4 nanti bila ada Project Alpha Blogging Contest Season 2′, hadiah ini turut ditawarkan. Modem Special Edition Digi telahpun ku perolehi dengan Contest Nuffnang, P1 Wimax Wiggy bila lagi?
Satu pantun untuk P1 Wimax Wiggy :
P1 Wimax Wiggy cantik dan menawan
Hati tergoda aku ingin-inginkan
Sudah semestinya menjadi kegilaan
Potong, potong, potong menariknya iklan
Jadi, apa tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memeriahkan dan menonton Project Alpha Season 2 yang akan dilancarkan secara rasmi bulan April 2010 nanti. Sudah pasti hati kegembiraan dan tertawan dibuatnya. Boleh rujuk di link ini : http://www.projectalpha.com.my/
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “My Favourite Surfing Spot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.