Masakan Kelantan | Kedai Makanan MZ Darulnaim

Salam hujung minggu dari eyriqazz.Huk3, hari ini kena pergi kerja. Oh ya, eyriqazz nak perkenalkan satu gerai makan yang saya singgah lagi semalam. Tempat ni tiap-tiap bulan confirm eyriqazz singgah. Tanpa berlengah lagi , inilah nama tempatnya :
Kedai Makanan MZ DarulNaim
Gerai ni memang popular untuk masakan kelantan. Saya first time diperkenalkan kedai ni masa adikku berkursus dulu. Dia cakap rakan dia , orang kelantan yang rekomen. Malu juga, dah duduk KL bertahun-tahun tak dengar pula nama kedai ni kalau tak kerana adik aku.
Sampai-sampaije :
Aiseh, lauk dah banyak habis
Mana taknya, sampai sana dalam pukul 1.45 petang. Memang salah timingla. Kalau korang nak singgah, saya cadangkan dalam pukul 1200-100 petang.Memang elok sangatla, kalau datang awal sangat, takut lauk tak banyak masak lagi cam pernah kitorang sampai kol 1130 pagi (teruja punya pasal)
Usha-usha lauk dulu :
Ketam Masak Lemak
Nampak sedap, tapi aku ni alahan skit ketam. Tak jadi nak order.Tapi adik aku memang suka benar. Jadi, kami buat pilihan  :
Ikan Keli Percik
Kerutuk Ayam
Sayur dan Labu Masak Lemak (susah nak cari di KL ni)
Gulai Udang
Sambal Belacan
Memang menyelerakan. Sedap . Menggiurkan. Kalau mak mertua dan bapa mertua aku datang KL (orang kelantan), dia mesti ajak kami singgah sini. Memang famous Amous la di kalangan orang-orang kelantan.
Cuba teka berapa semua itu? RM50? Issh,taklah termasuk nasi 2 pinggan dan Air Sirap semuanya RM25.00. Berbaloi-baloi. Ala, kalau makan di Mcd dua orang pun, mungkin lebih dari tu kan?Itupun tak kenyang mana.
Dan hasilnya, lihatlah sendiri :
Habis Licin di makan olehku dan Isteri (hak3)
Memang ramai orang di kedai ni, berpusu-pusu orang datang. Yang bestnya, kalau makan sini, ada tempat parking khas dan ianya percuma (cam pakej pulak kan?). Jadi, tidak hairanlah :
Begitu Ramai Pelanggan berkunjung
Rasa cam berada di kampung bila makan di sini. Susunan di dalam kedai tak terasa berada di tengah bandar KL.
Oh ya, ada seorang tu tak puas hati, kerana kami makan tak ajak sekali. Siapa lagi kalau bukan:
Alisya, anak kesayanganku
Oh ya, sebelum terlupa. Inilah lokasi/alamat gerai makan tersebut :
Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur (hadapan pusat zakat KL,dekat je dengan Chow Kit)
Berbaloi-baloi. Issh, buat entry ni pun buat aku lapar je. Jadi, kalau korang masih tercari-cari nak pergi makan mana lunch nanti, ini salah satu destinasi yang berbaloi dan sesuai untuk disinggahi.
Untuk lebih lanjut pasal Gerai ini, bolehlah singgah di entry ini juga ( Terimakasih Pakcik Google )
Selebihnya, boleh mengoogle lagi. Hik3.
P/s : Amcam, pernah singgah sini tak ? Apa pandangan anda pula?Sedap tak?
P/s/s : Kuih Akok dia pun sedap. Lembut dan panas lagi. Alisya memang suka sangat, wajib kami beli kalau singgah di sini.
P/s/s : Nak Lunch Mana hari ini ya? Kalau Kak Ina KL call ajak makan rumah dia , best jugak ni. Hak3,tak tau malu.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Masakan Kelantan | Kedai Makanan MZ Darulnaim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.