Kisah Si Genius

Salam. Harini aku ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini kisah benar, yang sampai kini aku ingatinya.Kisahnya di beri nama :

Kisah Si Genius (Gambar kredit kepada Pakcik Google )
Cerita Sufiah Yusof ke yang ingin kuceritakan? Ishh,kalau cerita ini, sudah ramai yang tahu dan lebih tahu pasal ini.Gambar ini pun aku ambil bila Search Si Genius di Google. Kadang-kadang sedih bila fikir kisah Sufiah Yusof,lain yang dicitakan lain yang jadinya.

Oklah, berbalik semula.Kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah kisah seorang rakan yang ku kenal semasa aku buat A-Level di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (sekarang sudah ditukar nama Kolej Yayasan UEM). Di sana,memang semua budak pandai-pandai, almaklumlah semua bakal ke oversea.Betapa kerdilnya rasa diri ini bila berada di sana, rasa tidak layak untuk berada di sana dan bermacam-macam lagi pertanyaan timbul.Namun, itu lain kali aku bercerita.
Mengujakan dapat berjumpa Insan Genius
Nama rakan itu (Faizal/bukan nama sebenar) .Umurnya sama denganku namun dia mendapat tajaan Telekom untuk buat Course IT.Saya ambil A Level untuk dua tahun namun Faizal hanya buat A Level 1 tahun setengah. Dahla tu, ambil 4 subjek yang kebiasaannya orang akan ambil 3 subjek saja termasuklah aku.
Dipendekkan cerita, Si Faizal ini memang genius budaknya.Selalu Score A dan mendapat markah yang tinggi. Rahsianya?Hanya Tuhan yang tahu.  Inilah yang dapat ku kongsi pasalnya sepanjang aku mengenalinya dia dari jauh (pernah berbual-bual dengannya beberapa kali).
1)Faizal Alim orangnya. Dia selalu sembahyang berjemaah dan berada di surau. Pernah satu ketika, dia menangis agak lama .Bila ditanyakan rakan satu chalet dengannya, dia menangis kerana bas dari Midvalley ke Kolej lambat pulang dan dia tidak sempat sembahyang takbir pertama bersama Imam dan itulah kali pertama dia tidak sempat bertakbir bersama Imam selepas beberapa tahun.
2)Aku rasa dia ada Sixth Sense. Di kolejku ada Vypress, lebih kurang chatting sesama kolej sahaja. Selepas solat, dia boleh updatekan berapa orang sempat takbir bersama imam,berapa orang sempat rakaat pertama dan berapa orang rakaat ketiga dan seterusnya.Sampai sekarang aku tertanya-tanya,macam mana dia tahu sedangkan dia bersembahyang sama.Adakah dia ada mata di belakangnya?Entahla,susah untuk menjawabnya.
Agak-agak mudahke kehidupan Insan Genius ini?
3)Sesudah makan , pinggannya tidak akan ada satu butir nasi pun .Dia akan makan habis dan andainya ada orang yang makan bersamanya tidak habis makan, dia akan habiskan.Membazir dan amalan Syaitan katanya.
4)Selalu tersenyum dan begitu bersopan santun budi pekertinya.Pernah sekali aku datang awal ke surau.Disuruhnya aku azankan waktu itu.Fuhh,berpeluh-peluh aku dibuatnya.
5)Pernah satu ketika dia tidur di dalam kelas. Tutor Mat Salleh dan bukan main bengang lagi guru itu.Dipanggilnya Faizal dan disuruh Faizal menerangkan apa yang telah diajar dan menjawab soalan yang agak susah.Faizal bangun dan menerangkan kembali dengan terperinci dan menyelesaikan masalah dengan mudah.Tergamam dan kelu dibuatnya Tutor Mat Salleh itu.
6)Pernah ada satu exam Further Maths (kesusahannya berganda2 Add Maths).Dia mendapat markah 90+ dan markah kedua tertinggi 60+.Betapa jauhnya dia meninggalkan pelajar lain yang semuanya hebat-hebat belaka.
Banyak lagi perkara pasal dia sebenarnya .Dia mendapat 4A untuk A Levelnya dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Cambridge Universiti, antara universiti terhebat di UK. Apabila dia menamatkan pelajarannya, Cambridge menawarkannya untuk menyambung Master dan Phd.Dia menerima dan aku berbangga ada rakyat Malaysia sebegitu.Sekarang , aku tidak tahu dia di mana namun aku rasakan dia berjaya.Mungkin sudah jadi Profesor di Universiti luar negara.
Memang mengujakan dapat berjumpa orang seperti dia ini. Satu dalam berjuta.Anda pernah ditemukan dengan insan istimewa sepertinya?Apa pandangan anda?
P/s : Bersyukur dengan apa yang kita ada. Rezeki ada di mana-mana. Jangan mudah putus asa dan teruskan usaha.
P/s/s :Entry yang agak panjang dan serius.Hik3,sebenarnya just wanna take a break from blogging, tapi entry ini pula yang keluar.Kalau saya nak take a break, berapa hari agak-agaknya yang sesuai ya?Masih berfikir untuk berehat sebentar bersama Kit Kat.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

64 thoughts on “Kisah Si Genius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.