Keropok Lekor Paling Sedap di Terengganu

Salam dari eyriqazz. Maaf kiranya bila di kampung ni asyik bercerita pasal personal story. Kesibukan masa dan masa online yang kurang ditambah suasana yang membuatkan lebih selesa bercerita personal story ketika ini. InsyaAllah, bila balik KL nanti eyriqazz akan kembali ke rentak asal bercerita tajuk yang lebih pelbagai, terjahan, keputusan pemenang terjah eyriqazz, dan juga personal tips.

Tanpa membuang mas, kali ni saya ingin memperkenalkan tempat keropok lekor yang saya rasakan paling best/sedap di Terengganu pada pandangan peribadi. Bagi saya anak jati terengganu, antara keropok lekor yang popular dan menjadi sebutan di terengganu adalah keropok lekor losong  dan juga seberang takir. Tapi , kalini tempat yang saya ingin perkenalkan cukup best dan boleh terus melekat bila mencubanya. 

Keropok Lekor yang Menggiurkan ( RM4 sahaja, berbaloi-baloi)
Fuhh, memang syok, pekena tengah panas-panas dan baru siap digoreng di gerai tersebut. Rasanya memang menyelerakan, rasa ikan yang menusuk kalbu. Makin best bila pekena dengan :
Air Kelapa
Fuhh, sejuk tekak dibuatnya . Memang sedap , siap 2 gelas saya minum. Oh ya, sebelum saya memberitahu nama gerai tersebut inilah sebab saya kenapa saya katakan keropok lekor di gerai ini adalah yang terbaik di Terengganu :
1) Rasa ikannya yang menusuk kalbu. Rasanya yang segar ditambah dengan lada yang memang sedap dan lain dari yang lain.
2)Pernah beli yang mentah , goreng dan bawa ke ofis. RM10 keropok yang digoreng, tak sampai setengah jam, habis dibedal. Siap budak-budak ofis cakap kalau balik kampung, wajib belikan keropok di gerai ini.
3)Harga yang berpatutan. Nama gerai yang menawan dan sekali cuba mesti terus teruja.
Inilah gerai yang dimaksudkan :
Kedai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang ( Adik James Bond)
P/s : Amcam, korang suka keropok lekor tak? Kalau singgah Terengganu, singgahlah gerai ini, kalau time cuti sekolah dan weekend, memang berduyun-duyun. Pernah saya menunggu lebih sejam untuk dapatkan keropok di gerai ini.
P/s/s :
Keropok lekor Terengganu menjadi sebutan
Rasanya sedap hati tertawan
Keropok Lekor 008 Kelulut semakin kedengaran
Cuba SEKALI, terus tergoda sakan

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

43 thoughts on “Keropok Lekor Paling Sedap di Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.