Jongang Jongang Jongang

Salam dari eyriqazz. Tertarik dengan cerita Halimah Jongang yang tengah hangat diperkatakan dan terbaca di Kosmo beberapa hari lepas berkenaan informasi berkenaan jongang, teringin untuk menulis berkenaan perkara ini dan berkongsi pendapat peribadi.


Pemain bolasepak kegemaranku(Ronaldinho) juga mempunyai gigi jongang

Namun, bagiku dia ni tetap hensem dan senyumannya antara senyuman tercantik di alam bola sepak.Kena red card masa lawan England masa World Cup pun tetap tersenyum. Hasilnya, Brazil memenangi World Cup tahun itu.

Antara info menarik berkenaan jongang yang saya baca di website Kosmo itu :
  1. Menurut pakar, amalan menyumbat puting pada mulut bayi yang menangis boleh menyebabkan fenomena gigi jongang.
  2. Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.
  3. Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.
  4. Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

Selebihnya, bolehla rujuk di entry ini : Rawat Jongang dari Kecil

Patutla pengasuh anakku tidak menggalakkan penggunaan puting. Katanya boleh membuatkan gigi jongang. Mula-mula tu tak percaya juga, yalah ramai saja aku tengok bayi-bayi yang guna puting tapi gigi mereka elok je. Namun, beringat sebelum kena. Alhamdulillah, Alisya sampai sekarang tidak guna puting. Bila baca entry di Kosmo ini barulah lebih percaya.

Apa pula pandangan anda tentang cerita di Astro iaitu :

Halimah Jongang
dan
Fatimah Juling lakonan Julia Ziegler

Pandangan peribadi saya, cerita ini tidak patut disiarkan walaupun motifnya adalah untuk kebaikan dan bercorak nasihat. Namun, dengar lagunya saja sudah cukup menggoyahkan iman dan menyakitkan hati bagi sesiapa yang mempunyai gigi jongang mahupun mata yang juling.

Saudara saya di kampung ada yang mata juling, di sekolah selalu kena buli dan sampaikan beberapa kali dia tidak mahu ke sekolah kerana malu dibuli dan dihina. Bukan diminta penglihatannya begitu. Sampaikan ibunya tidak tahan, tidak lama lagi dia akan membuat pembedahan untuk membetulkan julingnya walaupun kos perubatan memakan ribuan ringgit.

Tepuk dada, tanya selera. Kalau ingin menasihatkan biarla kena dengan caranya.Namun, ini hanyalah pendapat peribadi, mungkin kalau difikirkan dari sudut positif lain pula kan? 

P/s : Ada juga yang membina dan bagus di dramakan contohnya cerita Si Capik yang ditayangkan di TV2. Jalan ceritanya boleh diterima dan menarik untuk ditonton. 

P/s/s :Apa pula selepas ini ya? Jenab Tempang, Kiah Sumbing, ataupun Mamat Lonjong?

P/s/s/s : Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan tauladan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

36 thoughts on “Jongang Jongang Jongang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.