I Am Back

I Am back
Salam semua. Rindukan eyriqazz tak? Hik3, poyo je. Saya tidak ke mana ataupun pergi bercuti. Balik kampungpun minggu depan. Adik kahwin. Wish Her luck ya.
Sajaje take a break from blogging.Seharije pun. Tenangkan minda dan lapangkan fikiran sambil memberi markah untuk Contest Terjah Eyriqazz . Honestly, eyriqazz nak minta maaf banyak-banyak kerana pengumuman pemenang terpaksa ditangguhkan. Namun, keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan March. Pening kepala juga untuk memilih, semua entry best-best. Jadi, kena ambil masa skit lagi untuk memilih. Apapun, nak share sedikit feedback dari Contestant yang mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk saya dan semua :
Feedback dari Peserta
1) Sudah berblogging agak lama .Tahun 2006-2007 tu sibuk sangat ke?
Reply : Sibuk juga dan tak berminat lagi nak berblog secara aktif masa tu
2) Post2 Eyriqazz pada mula nya banyak berkisarkan family n interest dalam sesuatu benda…. dan xlupa gak pasal Si SALLY…. (sampai sekarang aku still xhabis baca) namun lama kelamaan ideanya berkembang dalam memberi tips2 dan motivasi yang berguna
Reply : Terima Kasih. Byk lagi yang kena perbaiki.Kisah si Sally pun tak tau bila nak sambung.Kena sambung ke ye?
3)seorang yang rajin blogwalking gak…. jarang la xpenah tinggai jejak kat blog aku yang xseberapa nie
Reply : Dah kurang skit blogwalking skang.Anak dah makin membesar.Need to spend quality time with her .
4)Dan yang paling aku suka pasal Eyriqazz nie adalah…… dia seorang yang sayang kat isteri dia….. kalau xsayang isteri mana mahu nya beli Notebook HP Mini harga beriban tue….. (this is my personal opinion)
Reply : Hik3, siapa yang tak sayang bini ye?
5)layout nya xseberapa…. Jadi En. Eyriqazz, try la tukau layout baru….. 🙂
Reply : Dalam proses.Aku sudah upah programmer handalan.Hik3.
Terima Kasih kepada  Maslinamansor
6)Beliau mpunyai sekumpulan pbaca yg setia juga. Yelah stiap post pasti ada je komen dr para blogger yg lain. Follower beliau sekarang sudah mcecah 400++.
Reply : Terimakasih pembaca setia.Tak sangka dlm masa sebulan lebih sudah meningkat ke 600 followers skang ni.Terima Kasih follower.Nanti akan ada special entry buat follower terpilih.
Terima Kasih kepada Maya
7)EYRIQAZZ @ INSPECTOR GTO
Reply : Bila masa naik pangkat ni?
8)Kalau dikutkan pada pemerhatian aku sebagai pemerhati bebas yang tak diiktiraf, bro EYRIQAZZ nie sememangnya layak untuk membuat terjahan sesiapa sahaja dia suka atas sebab berikut :
Reply :Terjah tetap terjah
9)Apa yang aku nak kutuk pasal blog beliau ialah, penyusunan ayat begitu menarik sekali ,tersusun. Amat mudah difahami oleh semua orang termasuk budak-budak yang baru masuk tadika.
Reply : Anak hang baca tak?Hik3,terimakasih.Kembang hidung semangkuk.
10)Apa yang aku tak puas hati berkenan blog beliau ialah banyak cerita atau entry yang membina,mencelikkan mata,santai dan banyak lagi yang takde pada blog aku.
Reply :Terima Kasih.Semua orang boleh kalau kena caranya.
Terima Kasih kepada JAI
11) Simple page, senang nak load. Tak berat I guess.
Reply :Thanks
12) Gaya penulisan yang bersahaja, simple dan senang nak faham.
Reply :Thanks lagi.
13)Seorang yang sangat rajin join contest yang dianjurkan oleh nuffnang. Kagum saya tengok semangat beliau, walaupun beliau sudah berumah tangga. Bila la saya nak jadi macam Mr Senior saya ni ek? Oh ya, kalau semua nak tahu, Mr Eyriqazz ni dulu study di Sekolah Kebangsaan Rusila gak. So, beliau merupakan super senior saya.
Reply : Lagi-lagi thanks Mr Junior.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
14)Seorang blogger yang aktif. Lately, jarang la nak nampak blog beliau berhabuk/bersawang (not being updated). Ada sahaja idea beliau untuk menulis walaupun beliau berkata begini “I Am Taking A Break”.
Reply : Sesekali take a break apa salahnya.Fresh up your mind.Hik3.
15)Mr Senior saya ni juga rajin review dan promote blog blogger lain dalam segmen Terjah beliau. Antara blogger yang dah kena terjah ialah Cik Epal, Melz, Hanis Zalikha dan ada beberapa nama lagi yang tak saya sebutkan di sini.
Reply : Bukan promosi murahan yang kucari. Sebagai tanda terima kasih dan promosikan rakan-rakan dan juga pembaca.Tak salah, sama-sama kita berusaha untuk naik kan?
16)Blog wrapper agak sempit pada pandangan saya. Kalau boleh lebarkan ia sedikit.
Reply : Akan diusahakan(short term solution).Kurang arif berkenaan template ni.Siapa boleh tolong?.Long term dah upah hackerz terkenal.
17) Tiada line separate post body and sidebars. Kalau ada line nampak lebih kemas.
Reply :Tak tahu nak buat camne(short term solution juga).Any suggestion?
18) Blog background looks very dull. Tak ceria. Kalau boleh kan, letak backgound yang ada gambar or corak sikit-sikit. Kalau tak corak-corak pun, tukar kaler bagi terang or gelap sikit, would be nice.
Reply : Akan diusahakan juga.
19)Kombinasi warna background dengan header dan header for sidebar (hijau) macam tak berapa nak match.
Reply :Tak jumpa warna biru yg berkenan.Siapa nak tolong?Nanti saya upah terjah blognya.(sebelum hackerz tu siapkan template saya yang agak mengemparkan dunia blogging…Hahaha,gurau je)
Terima Kasih kepada Fathiha Zainal
Cukup dulu, komen peserta seterusnya di entry seterusnya. Oh ya, Maaf buat Khairul Arif.Blog anda saya tidak dapat access.Terimakasih buat semua. Komen-komen ini akan menjadi inspirasi dan titik tolak untuk eyriqazz memperbaiki kekurangan dan memperbaiki mutu penulisan. Bak kata Melz, blog saya, tapi anda yang baca. Saya perbaiki namun dengan cara saya tersendiri yang saya kena dengan citarasa saya. “Blog Saya, Saya Tulis, Anda Baca, Anda Suka, Saya Gembira”.
Last but not least :
Thank You/Terima Kasih buat Semua
P/s : Banyak hutang belum dilangsaikan lagi ni. Terjah pemenang dan byk lagi. Jangan risau, janji akan tetap ditunaikan. Maaf atas kelewatan ye?
P/s/s : Apa pula pandangan anda?Seronoktak bila orang ‘leave feedback/terjah’ blog anda?For Me, I Like It.Positif atau Negatif, dua-dua saya suka.Thanks to All.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “I Am Back

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.