Hotel Mania

Hotel Mania
Sinopsis Hotel Mania (Drama Terbaru Slot Lestary di TV3 bermula 2 March 2010)
Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja ‘front desk’ yang menaruh hati pada Adiwira.
Sumber : Jurnal Penguin

Adakah drama ini mampu menandingi cerita Tari Tirana (tak layan manapun).Kalau cerita dia best cam Nur Kasih ataupun Drama Korea , Hotelier ,pasti aku menontonnya sama. Satu percubaan yang agak berani rasanya, menyiarkan drama muzikal 26 Episod arahan Nizam Zakaria dan dibintangi ramai bakat-bakat hebat industri hiburan tempatanĀ  seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Selebihnya, kenalah tengok kan?Belum tengok, jadi tak tahu macam mana ceritanya.Ehh, kenapa Eyriqazz cam jadi BeautifulNara arini?Hik3, saje berubah angin sekejap/take a break for a while. (entry ditulis pada malam 28/2/10)
P/s :Apa pula pandangan anda?Cerita ni agak-agak menarik tak untuk ditonton?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Hotel Mania

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.