Eyriqazz.com

Great Teacher Onizuka

  • Home
  • Contact Me
    • Achievement
  • Family
    • Alisya
    • Azim
  • Food
    • Restaurant Review
  • Travel
    • Travel
    • Hotel Review
    • Cari Hotel Murah
    • homestay review
    • Tempahan Airbnb
  • Informasi
    • contest
    • event
    • gadget review
    • kereta
  • Tips
    • Tips Blogging
    • tips kewangan
    • tips pelaburan hartanah
  • Pengiklanan
  • Archives

Ho Ho.. Balik kampung

11 March 2010 by eyriqazz 27 Comments

Ho Ho.. Balik kampung (Gambar Kredit to Pakcik Hensem )
Gembiranya di dalam hati. Petang hari ini selepas kerja aku akan pulang ke kampung halaman.Cuti selama 6 hari telah pun diluluskan. Sudah beberapa bulan tidak balik kampung, rindu pula kat kampung halaman dan keluarga tersayang.
Ibuku juga tak sabar-sabar menanti kepulangan cucu sulungnya (Alisya). Dalam telefon, beberapa kali menyebut, agak-agak Alisya kenal lagi tak Mak ye? Bolehke Mak dukung dia nanti? Nangis tak? Alisya sudah mula mengenali orang, first time masa bapa mertua datang aritu pun bukan main nangis lagi dia bila ingin didukungnya. InsyaAllah, Alisya masih ingatkan Tok Neknya.
Tak lupa juga, atok dan Nenek ku juga. Mesti dia rindukan cucu sulungnya ini (aku la,hak3,perasan seorang) dan juga Cicit sulungnya (Alisya). Bertuah Alisya, semua orang sayangkan nya, dahla ada 3 bapa ,3 ibu, 3 nenek dan 2 Atok. Kasih sayang tidak terbelah bagi buat anakku, Alisya.
Pulang ke kampung atas urusan :
Kahwin Adik Perempuanku
Sebagai Abang Sulung ,aku doa-doakan semuanya berjalan lancar. Doa-doakanlah juga ya untuk adik tersayang ku ini.
Jadi, cukup dulu kali ini. Mungkin blog ini akan bersawang beberapa hari nanti.  Kalau ada Internet di kampung ,InsyaAllah akan diupdatekan. Kalau tidak, faham-fahamje la ye namun jangan merajuk dengan blogku.Hik3…
Sempena nak balik kampung ni , tak sah kalau tak dengar lagu Balik Kampung daripada Sudirman kan? Dengarkanlah lah nyanyianku ini buat semua :

Sudirman ( Sudirman )

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

P/s :Fuh, tak sabar nak balik kampung bertemu keluarga dan juga menikmati keropok lekor, nasi dagang, laksa terengganu, melawat Masjid Kristal dan lain-lain lagi. Hik3, seronok dapat pulang.

P/s/s : Amcam, korang rindutak kampung halaman ?Jomla.konvoi ramai-ramai balik kampung.

 
Tweet

Anda mungkin menggemari artikel berikut


  1. Balik Kampung
  2. Goody Bag dari Mamee Penemanku Balik Kampung
  3. Ho ho… Balik Kampung
  4. Sewa Lori Balik Kampung
  5. Balik Kampung : Kenapa Jalan Jem?

Filed Under: Uncategorized Tagged With: balik kampung, kepulangan, lirik lagu balik kampung, sudirman

Comments

  1. F I T says

    10 March 2010 at 4:26 pm

    saya dah stay kat kampung..jadi tak terasa sangat..hurmm teringin nak rasa balik kampung hehe tapi baca entry ni boleh rasa gak kemeriahan dan keghairahan nak balik kampung tu hehe

    Tips Buat Freshie Nuffnanger! Jom Muhasabah Survey Nuffnang Korang!

    Reply
  2. GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr says

    10 March 2010 at 4:44 pm

    esok nk balik kg gk…

    hehe…

    Reply
  3. maslinamansor says

    10 March 2010 at 4:50 pm

    selamat balik kampung yer….
    Hati2 dijalan raya…

    Reply
  4. cikTi says

    10 March 2010 at 5:56 pm

    bes balik kampung,.

    mcm nk raya plk,.

    waa,.nakbalik,.

    Reply
  5. NuRul says

    10 March 2010 at 10:35 pm

    yes jom kita balik kg!!!berhai-hati dijalan raya

    Reply
  6. fikaryna says

    11 March 2010 at 12:03 am

    rindu2..lama x balik ktn..bestnya kopok lekor trgn..lama x makan..uish..kirim boleh..hehe..

    Reply
  7. Merah Baldu says

    11 March 2010 at 1:19 am

    bestnye balik kg..have a safe journey

    Reply
  8. Ezzah says

    11 March 2010 at 1:34 am

    slmt pulang ke kg bro. Berhati-hati di jalan raya.. 🙂 jagang bwak kete laju2 sngt! ehehehehhe…semoga selamat pergi dan selamat pulang.. 🙂

    Reply
  9. Kyuubi_85 says

    11 March 2010 at 1:42 am

    wah, gembira abg ni nak balik kg.. anyway, slmt balik kg.. pas balik nanti cerita la skit..
    hati2 semasa memandu.. 😀

    Reply
  10. helena's says

    11 March 2010 at 2:29 am

    cikhel takde kampung..cis jeles!

    Reply
  11. Adya A. says

    11 March 2010 at 2:53 am

    wahhh riang ria dihati…. apapun….drive elok-elok ya bro….

    Reply
  12. Eliza says

    11 March 2010 at 2:53 am

    salam. kampung saya kat K.L. dua minggu lepas baru balik. eppy holiday n safe journey…

    Reply
  13. black_mel says

    11 March 2010 at 2:55 am

    hati2 memandu..jgn laju sgt…dlm 2180km/j ok la tu..hehe…

    Reply
  14. rasp says

    11 March 2010 at 3:18 am

    bestnya balik kampung…
    slamat menguruskan majlis..
    smoga majlis berjalan dgn lancarnya..
    have a safe trip and enjoyyyyyyyyyyyy

    Reply
  15. [z@ck] says

    11 March 2010 at 3:58 am

    oh..rindu kampung halaman..
    T_T

    Reply
  16. || nemo mimosh || says

    11 March 2010 at 5:12 am

    of coz la rindu…shaye pun balik kampung diz week..yeay! esok balik umah..(lumpat2)

    Reply
  17. farhana says

    11 March 2010 at 5:12 am

    Slamat pulang GTO =)

    Reply
  18. || NaFiRaa || says

    11 March 2010 at 5:12 am

    selamat bercuti!! harap semua nye berjalan lancar!!

    Reply
  19. Iza says

    11 March 2010 at 5:27 am

    wah….bestnye blk kg…x blh la nk ikut blk kg sbb org kg nk datang sini. kg di mana?

    Reply
  20. CikMin says

    11 March 2010 at 8:11 am

    slm singgah..kami pun balik kampung.. 🙂

    Reply
  21. Sharinginfoz says

    11 March 2010 at 12:28 am

    selamat bercuti…….

    Reply
  22. JAI says

    11 March 2010 at 3:12 am

    Selamat bercuti bro,

    Hati-hati bawak keter…LCD 34inch taknak tinggalkan kat rumah gua ker bro..ahaks3..yelah gua takut nanti 6 hari cuti bersawang lak LCD tuh..hehe

    Reply
  23. zh-ena says

    11 March 2010 at 4:16 am

    kg halaman ena dekat jea
    dua2 dlm selagor jea
    tiap hujung confirm blk la

    berhati2 dlm perjalanan

    Reply
  24. Kniedaz says

    11 March 2010 at 6:20 am

    Salam singgah,
    seronoknya balik kampung
    rindu kat mak pulak..huhu

    Reply
  25. @BELLA@ says

    11 March 2010 at 12:53 pm

    Safe journey!

    Reply
  26. lizz says

    11 March 2010 at 2:21 pm

    kem salam orang kampung!hehehehe

    Reply
  27. ♥Hernee Nazir♥ says

    12 March 2010 at 2:24 am

    sy pn balik kg..hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Eyriqazz di Facebook

Artikel Terkini

  • Apa Itu MRTA/MRTT
  • Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus
  • Apa Effect Base Rate Naik?
  • Pengalaman dengan Pemandu Grab
  • Analisa Kewangan Bisnes Owner (AKBO) 2017
  • Pengalaman Bekam Darah di Pusat Bekam An-Nusrah, Wangsa Maju
  • Kenapa Susah Nak Kurus?

Copyright © 2018 · Eyriqazz Dot Com on Genesis Framework · WordPress · Log in