Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang ( Kredit gambar kepada Pakcik Hensem )
Tahukah anda apa maksud dengan pepatah melayu di atas?. Maksudnya adalah “Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya” .  Apa kaitannya dengan diri kita ? Pepatah ini membawa makna yang positif dan menyuruh kita berfikiran positif demi mencapai hasrat dan cita-cita yang kita inginkan.
Ingin juga saya berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi mengenai perkara ini. Satu pengalaman untuk dikongsi bolehla baca entry ini :
Kali ini, sekali lagi saya ingin menyentuh berkenaan blogging. Berblogging ni bukannya mudahkan? Bagi bloggers yang mencari pendapatan sampingan tidak kiralah melalui Nuffnang ataupun Advertising Company yang lain, hits dan bilangan pengunjung adalah amat penting bagi menambahkan pendapatan.
Disini, saya ingin berkongsi pendapat melalui pengalaman dan pembacaan membaca di internet dan juga blog-blog popular yang lain seperti Melromeo, Kak Jie, Abang Nara, Ariff Shah,Cik Epal, Kak Ina KL dan ramai lagi yang bersesuaian dengan tajuk entry ini . Inilah dia :
1) Yakin dan Percaya Pada Diri Sendiri
2) Ukur Baju Pada Badan Sendiri – Lain orang lain caranya, macam saya sendiri, walaupun hits saya sebulan naik tidaklah begitu ketara, namun saya sudah cukup puas hati kerana lain orang lain caranya. Tidak perlu nak bandingkan dengan mereka yang popular (bukannya saya ya,contohnya Melz dan lain-lain ) dan cuba menjadi seperti mereka dengan pantas , kalau kena caranya tidak ke mana. Biar lambat tapi gembira dari cepat tapi tersungkur di tengah jalan (hangat-hangat tahi Ayam)
3) Usaha yang berterusan dan konsisten
4)Perbaiki kelemahan diri – Bertanya pendapat rakan-rakan dan memperbaiki kekurangan dan gaya penulisan. Sebab itu saya buat segmen terjah, salah satu untuk memberi pendapat dari sudut pembaca.
5) Belajar dari Kesilapan dan Tidak Mudah Berputus Asa
6) Pilih strategi yang terbaik dan kena dengan cara kita. Jangan terlampau mengikut kata dan pendapat orang, sesuaikan dengan cara kita. Kalau terlalu asyik dibuai mimpi, susah jugakan?
7) Cipta Kelainan yang membuatkan Orang Tergoda dan Ingat dengan Anda
Serangkap pantun buat semua :
Gengam Bara Apa Biar Sampai Jadi Arang
Bersusah dahulu bersenang kemudian
Lain padang, lain belalang
Usaha dan semangat yang kental akan ada habuan
Fikir-fikirkan….
P/s : Berani ke anda gengam bara api? Cakap lebih mudah dari mengotakannya kan? Tepuk dada, tanya selera. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
P/s/s : Apa pula pandangan Anda? Adakah berblogging satu perkara yang mudah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.