First Time Menang Hadiah Utama Bersama Astro B.yond

Salam. Entry ini adalah sambungan entry Astro B.yond dan 32″ LG HDTV .Semalam tak sempat nak updatekan detailnya kerana terlalu penat dan kegembiraan yang mengujakan membuatkan aku tertidur awal.

Pejabat Astro
Punyalah teruja, sepatutnya jumpa dengan wakil Astro pukul 2 petang.Namun, kerana tak pernah pergi Bukit Jalil, aku gerak awal dalam pukul 1230 tengah hari.Pukul 115 dah sampai sana.Mula-mula guard tu taknak kasi masuk, nasib baikla bila dia telefon balik Azaria Lo, kami dibenarkan masuk.
Lebih kurang pukul 2 petang, Azaria Lo pun sampai.Saya bersama Robb Chew serta pemenang seorang lagi dibawa “Tour Pejabat Astro’.Inilah lebih kurang tempat yang kami lawati:
1) Bilik kebal Astro @ bilik di mana siaran Astro dikawal.Mengujakan bila tengok banyak-banyak tv besar berada di sana.Ingin ambil gambar tetapi tidak dibenarkan.
2)Set studio e.g. Raja Lawak. Memang besar dan menarik.Namun sayang,datang silap hari,kalau tidak mungkin boleh jumpa artis.Hik3.
3) Bilik Persalinan
4)Satelit Astro
5)Stesen Radio
Mengujakan.Antara stesen Radio yang berada di pejabat Astro adalah Thr Gegar, Radio Era, Lite.fm dan banyak lagi. Selebihnya, korang boleh tanya daydeck kerana dia salah seorang Manager Besar disana.
Selepas pusing-pusing dan ronda-ronda :
Singgah di Cafe Ceria
Memang ceria Cafe ini. Minum dulu sambil menunggu hadiah diambil.Inilah rahsia yang ingin ku kongsikan semasa berada di sana dan berborak-borak dengan Robb Chew.
Robb Chew berkongsi cerita peribadi.Teruja aku mendengarnya.Dia sanggup melepaskan biasiswa Petronas selepas 2 tahun berada di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh (ambil course Chemical Engineering) semata-mata mengejar bidang yang lebih dia minati iaitu Mass Communication.Namun, sekarang Robb Chew sudah boleh berbangga,menjadi salah seorang orang kuat Nuffnang.Sebut Robb Chew, mesti semua Nuffnangers kenal kan?Syabas buat Robb Chew.
Surat penerimaan daripada Astro, Inilah lebih kurang surat tersebut(copy dan paste ayatnya):
ASTRO B.yond
Astro B.yond Bloggers Night – Post Coverage Blog Entry Winner
Dear Eyriqazz (bukan nama sebenar),
The future entertainment awaits you!
Thank you for being with us at the Astro B.yond Bloggers Night! We read that you have blast during that night so CONGRATULATIONS!You’re the winner of the Astro B.yond Bloggers Night – Post Coverage Blog Entry Contest! Your blogpost on http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html has certainly helped build interest among the blogging community and Astro B.yond to life!
Your prize consists of the following :
  • Astro B.yond box
  • Astro B. yond outdoor unit (dish)
  • New smart card
  • New remote control
  • HDMI cable
  • Standard installation (surface wiring)
  • Access to the best HD channels corresponding to your current package subscription, until end of December 2010
  • 32″ LG High-Definition TV
Teruja, akhirnya hadiah yang kunanti-nantikan tiba :
Bersama Isteri dan LG HDTV yang bernilai RM1,700+
Punyalah teruja sampaikan sekarangpun belum test tv ini lagi. Mungkin besok kot,lagipun almari tv ku muat-muat je nak letakkan tv ni dan risau kot-kot anakku tertarik TV tu.Sayang tu. Lepas ni bolehlah aku menyaksikan pengalaman Astro B.yond yang mengujakan.Setakat ni subscribe ke Sport saja namun mungkin akan ditambah lepas ni.Jadi, ada masa bolehlah ajak rakan-rakan bloggers sekali menyaksikannya.Hik3, perkara yang baik elok-elokla dikongsi kan?
Akhir kata, terimakasih buat Astro dan juga Nuffnang. Inilah yang buat aku lebih setia dan sayang dengan Nuffnang walaupun Buffered Earningku makin kurang je bulan ni.Takpelah, duit bukan faktor utama.Susah senang kenalah harungi bersama-samakan?Barulah setia namanya. Lagipun, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Gambar Gathering Bloggers ini telahpun kuberikan kepada Robb Chew untuk diletakkan di Nuffnang Footprint
P/s :Ingin juga rasanya berkongsi Tips untuk memenangi Blogging Contest cuma rasanya aku belum layak je lagi untuk berkongsikannya.Yerlah,nanti ada pula ‘otai-otai’ yang kata aku berlagak pandai etc.Cam takut la pula nak bercerita pasal tips bila baca entry INI . Kadang-kadang apa yang ingin dikongsikan disalah ertikan.Walaupun aku belum pernah menerima komen seperti yang dikatakan oleh saudara Bean Moreno, namun terasa la juga kerana saya pun Newbie juga.
P/s : Apa pula pandangan anda? Namun, saya tidak akan berputus asa.Saya akan buat apa yang saya rasakan betul namun teguran/kritikan saya tetap terima . Suka atau tidak , pilihan di tangan pembaca untuk menilainya. Pandai atau tidak, bukan kita yang menentukannya.Newbie atau Otai, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan nya kan?Apa salahnya kalau saling bantu-membantu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “First Time Menang Hadiah Utama Bersama Astro B.yond

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.