Celcom Broadband | Pilihanku Kini

Salam dari Eyriqazz. Ingatkah lagi anda dengan entry saya yang bertajuk Broadband Terbaik . Susulan dari entry dan respons di entry itu, eyriqazz telahpun melanggan dan mendaftarkan untuk isteri :
Broadband Basic Menjadi Pilihan

Inilah sebab mengapa Eyriqazz memilih Celcom Broadband untuk Isteri ( Broadband di rumah masih kekal dengan Streamyx buat masa ini ).

1) Testimonial daripada rakan bloggers di entry Broadband Terbaik seperti : 

Flygurl  –  saya pakai celcom broadband..ok je..nak kate laju sgt tu x lah.. tp sy puas hati la.. lagipun coverage celcom lebih luas berbanding yg lain. p1 wimax pulak- member yg pakai ckp mmg laju..tp tengok tempat jugak la..kalau kt kelantan mmg coverage x de lg.

Mohd Alimie – Setakat ni rasanya yang paling meluas liputannya Celcomlah..kawan guna kat Tumpat, ok je katanya..

Mimpi – Berdasarkan coverage maka Celcom yang terbaik antara keempat-empat pilihan kamu.
Customer service( call ) tidak sebagus P1 Wimax, tapi memang Celcom Broadband pilihan terbaik.


Ingat setiap broadband ada limit. Celcom setahu saya masih lagi 5G.
Maksudnya jika untuk penggunaan download memang tak berbaloi kerana 5G sangat sedikit.

Tanya penjual tentang cap/limit G ini. Biasanya penjual boradband takkan beritahu berkenaan limitation ini.

Daddy Zuki – Sy guna celcom. mmg line jammed sbb customers dia ramai esp at night. kena dc n rc. kalau nak laju guna la after subuh. tp pakej celcom ni la yg termurah. sy guna gov package, cuma rm50/bln. tp celcom ni ok sbb liputan dia luas esp di kelate n ganu. kalu dok klang valley guna apa2 pun ok. tepuk dada tengok wallet!
Dan ramai lagi dari rerakan bloggers yang lain. Terima Kasih ye. Komen anda membantu saya dalam membuat pilihan.

2) Kawasan Liputan Yang Meluas
Testimoni saya setelah menggunakannya selama lebih kurang sebulan, saya dan Isteri berpuas hati especially masa balik Terengganu haritu. Inilah Speedometer yang sempat diambil ketika di kampung (hari-hari dapat online) :

Walaupun kurang laju jika dibandingkan ketika surfing di KL, namun masih boleh Surf internet dengan selesa
3) Tiada kontrak dikenakan. Jadi, try and error dulu. Sekiranya memuaskan akan diteruskan, sekiranya tidak, sebagai pengguna saya masih boleh bertukar kan?
4)Modem percuma dan bayaran RM100 tidak diperlukan kerana guna modem sendiri sempena memenangi Digi Contest tahun lepas.
5)Bayaran bulanan yang sesuai dengan budget kami dengan kadar yang ditawarkan. Sepanjang Isteri menggunakannya ketika masa free di Sekolah, memang berpuas hati katanya. Speed seperti yang dijanji-janjikan. Jadi, sekarang bila waktu malam tidak mudahla kerja ku dan Isteri dengan broadband pilihan masing-masing.
6) Mudah bila nak travel. Liputan meluas adalah salah satu sebab disebabkan kami suka bercuti ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dan dalam masa yang sama surf internet di masa kelapangan.
7) Tepuk dada ,tanya selera. Selera kami nampak ke Celcom Broadband.Kalau nak dowload banyak boleh guna Streamyx. Citarasa mungkin berubah di masa depan namun jika berpuas hati kesetiaan kami akan terus bersama , seperti setianya Aku Kepada Nuffnang
Celcom Broadband Pilihanku untuk Isteriku kini
Mudah dibawa , Liputan meluas sudah pasti
Hati gembira dan senang hati
Yang terbaik buat kami sudahlah pasti
Di rumah, aku masih sayang dengan Streamyx kerana banyak pembaharuan telah dilakukan dan line semakin stabil selepas 3 aduan ku buat kepada SKMM. Namun, untuk Isteri dan tujuan berjalan-jalan, Celcom Broadband menjadi pilihan. Puas hati suatu kemestian, berbelanja lebih kami tak sayang , asalkan hati gembira , jiwa tertawan.
Setakat ini testimoni menggunakan sebulan, untuk yang wireless , ini antara broadband yang paling bagus dan best untuk digunakan. Setakat ini, Isteri belum pernah lagi merungut pasal Broadband Celcom ini.
P/s :Apa pula pilihan anda? Lain padang,lain belalang, lain orang, lain pilihan. Yang terbaik buat diri sendiri sudah pasti menjadi pilihan kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Celcom Broadband | Pilihanku Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.