Broadband Terbaik

Salam semua. Entry kali ini eyriqazz ingin meminta pendapat daripada korang. Isteri eyriqazz nak subscribe internet/broadband yang boleh dibawa ke mana-mana especially bila time dia free kat sekolah/pergi bercuti/balik kampung. Kat rumah eyriqazz ada pakai Streamyx namun streamyx tak boleh bawa ke mana-mana.Susah juga.Namun rasanya buat masa sekarang, yang kat rumah kekal dengan Streamyx dulu kot kerana line dia dah makin stabil. Di sini ada beberapa yang eyriqazz tengah pertimbangkan ( 2nd line Internet untuk Isteri)

 

 
Eyriqazz pernah mencuba Digi Broadband selama 3 bulan sempena memenangi Pimp My Broadband Contest . Memang memuaskan, dan memang plan nak sambung line Digi tu.Cuma masalahnya, kawasan tempat tinggal eyriqazz bukan dalam kawasan liputan dan kena guna Edge dan hanya dpt less daripada 50% seperti yang dipromosikan.Kalau tak, memang eyriqazz dah ambil line ni.
Adik ipar pernah pakai, boleh tahan katanya.Saya pernah cuba dan pinjam masa bawa balik ke Terengganu dan Kelantan masa raya tahun lepas.Boleh access tapi cam tak berapa laju sangat.Mungkin kerana bukan kawasan liputan ataupun ramai orang pakai di kampung saya tu.Tak berani nak ckp, tapi ramai juga rakan yang pakai Celcom broadband.Ada yang kata bagus, ada yang kata tak, jadi tak pandai nak buat penilaian tersendiri.
Berminat juga dengan wiggy nya dan iklan ”Potong,potong,potongnya mengujakan”. Ramai juga kawan-kawan yang pakai P1 Wimax tapi sedih la bila pi tanya kat customer service di Jusco tadi katanya kampung di Terengganu dan Kelantan di luar kawasan liputan.Adehh, teruja juga tengok wiggy nya. Rakan kata p1 wimax pun boleh tahan juga dan customer service dia mantap.
Maxis, honestly, tak  tau mana pasal maxis ni.Tiada rakan yang menggunakan maxis broadband dan jarang dengar orang pakai maxis broadband.Namun, kalau memuaskan ingin juga try.
Jadi, kesimpulannya inilah yang saya dan isteri mahukan :
1)Modemnya boleh dibawa ke mana-mana dan boleh access walaupun kami balik Terengganu, Kelantan, pergi bercuti dan sebagainya.
2)Kawasan coverage meluas dan access yang stabil.
3)Customer Service yang bagus. Perkhidmatan memuaskan dan terbaik di pasaran.
P/s :Beringat sebelum kena.Jadi, sebelum melanggan inginlah dapatkan pandangan.Sudah cuba masuk forum dan search online namun macam-macam jawapan di luar sana.Jadi, pandangan korang rasanya lebih saya yakini. Komen terbaik dan boleh meyakinkan saya , saya mungkin akan terjah blognya.
P/s : Any suggestion rakan-rakan?Rasanya korang mesti lagi arif pasal ni kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Broadband Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.