Betulke Datuk Siti Nurhaliza dah Mengandung?

Hari minggu ni ingin mencipta kelainan sedikit. Terbaca di BeautifulNara pasal entry Datuk Siti Nurhaliza Dah Mengandung? .

Masih Ayu dan Anggun Datuk Siti Nurhaliza (kredit gambar kepada Lirikami )
Sedikit info seperti ditulis di BeautifulNara (Maaf Bang Nara,copy paste tanpa kebenaran)  :
  1. Perasaan tak ada semenjak dua menjak nie kat TV3 ada selingan Nas Ahmad cuba nak menerjah Datuk Siti Nurhaliza. Mungkinkah terjahan yang dilakukan untuk mengconfirmkan kebenaran khabar-khabar angin yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza dah pun mengandung? Tapi sayangnya bro Nas Ahmad kita gagal dalam penerjahannya kali ini
  2. Kalau betullah Datuk Siti dah mengandung, jutaan tahniah kami ucapkan. Jaga kandungan elok-elok. Kurangkan aktiviti lasak. Makan kena jaga. Dan yang paling penting rehat kena cukup. Lagipun kandungan pertama nie mesti teruja. So kena hati-hati tue lebih sikit.

Fuhh, aku ni bolehla katakan minat skit-skit pasal Siti Nurhaliza ni. Hak3, artis wanita aku lebih berminat dengan Fauziah Latiff (sokong Isteri) dan juga Fara Fauzana (kurang kontroversi)
Mesti teruja, yerlah tarikh perkahwinan mereka pun dah agak lama juga. Rasanya kalau tak silap Datuk Siti Nurhaliza ni kahwin pada 21 Ogos 2006 dan majlis persandingan pada 28 Ogos 2006 (bolehla tengok info disini lebih lanjut : Siti Nurhaliza binti Tarudin )
Mesti teruja, kitorang ni pun kahwin akhir 2007 dan Isteri mengandung akhir 2008 pun orang dah ramai bertanya terutamanya keluarga terdekat. Bila nak dapat anak, Isteri dah mengandung belum? Siti Nurhaliza ni mestilah lagi teruja dan inginkan anak sendiri. Dah hampir 4 tahun mereka kahwin.
Aku rasa kalau betul Datuk Siti Nurhaliza mengandung, anak yang bakal lahir mesti comel-comel seperti di bawah ini :
Anak Perempuan
Anak Lelaki
Both Picture kredit to Pakcik Google
Ini nama yang bermain-main di fikiranku untuk anak Datuk Siti Nurhaliza (main ikut suka je nak pilih-pilihkan) :
Anak Lelaki – Khairul Syakirin ( K + S)
Anak Perempuan – Siti Khairuni ( S + K )
Ahaks-ahaks, cun tak nama tu?
P/s : Teruja bila Nas Ahmad nak terjah Datuk Siti Nurhaliza. Agak-agak berjayake terjahan itu?
P/s :Rasa-rasanya betul ke gosip tu? Saya ni tak berapa pandai bergosip, tapi bila pasal Datuk Siti Nurhaliza,ingin juga join sekaki. Hehehehe…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Betulke Datuk Siti Nurhaliza dah Mengandung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.