Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi?

Semalam, terbaca entry ini di Utusan Malaysia : Pakej jalur lebar baru lebih murah – Najib, ingin juga aku meluahkan pandangan peribadi.


Apa itu jalur lebar berkelajuan tinggi/High Speed Broadband (HSBB)?

Inilah yang ku jumpa jawapan selepas menGoogle dan terjumpa di Harimau Malaya :

HSBB ni mengunakan optik cable dan ianya terus kedalam rumah..ianya dipanggil fiber to the home..bermakna ianya direct terus ke TV atau monitor…sudah tentu gambarnya sharp kalau kita tengok IPTV dan dibandingkan dgn kita tengok astro atau tv 3.

Menarik juga, kan?

Antara info menarik di artikel Utusan tu adalah seperti berikut :

  1.  Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.
  2. Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.
  3. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.
  4. Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.
  5. Pada fasa pertama mulai esok (25 March 2010) , kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.

Pandangan saya, nampak menarik, mengoogle lagi jumpalah pakej Unifi ni :

Fuhh, paling murah pun RM149.00 ?
Adushh, aku masih belum mampu lagi kot nak ambil pakej itu.60 GB Maximum Dowload, boleh tahan besarnya. Namun di masa depan siapa tahu kan?Mungkin masatu Income Nuffnang dah masyuk, bolehla aku upgrade Streamyx aku dan berblog/surf internet dengan lebih pantas dan tuntas.
Untuk info lebih lanjut pasal HSBB TM ni boleh rujuk entry Ariff Shah , menarik kupasan daripada dia :
P/s : Apa pula pandangan anda? Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi ni?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.