Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti

Aku Gembira Sangat
Alhamdulillah, aku menerima panggilan telefon yang begitu mengembirakan hatiku pagi tadi. Berbaloi, penat lelah dan semangatku berblog kini semakin membuahkan hasil. Terimakasih kepada semua yang menyokong tidak kira siapa anda.
InsyaAllah, sekiranya ianya menjadi kenyataan , akan ku khabarkan kembali nanti. Kasitau sekarang pun, kalau tak jadi malu juga kan? Bak kata pepatah, ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Walaupun aku tidak menjadi sang penyu yang bertelur ratusan dan senyap, aku teruja untuk menyampaikan khabar gembira ini terutama buat pembaca blogku.
Yang pasti, ianya bukan entry hangit. Saat yang ku tunggu kian tiba. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan? At least, ada yang sedar akan kewujudanku di dunia blog ini. Semoga rezeki terus datang kepadaku.
Terimakasih dari Saya
Buat anda wahai pembaca
Tanpa anda, tawaran sebegitu mungkin tidak ku terima
Sokongan anda, saya hargai dan ganjarannya InsyaAllah akan dikongsi bersama
Dengan Contest lagi di lain masa
Dengan hadiah yang lebih mempesona
P/s : Agak-agak apa berita gembira itu ya? Siapa mahu jadi Nujum Pak Belalang, silalah teka.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

70 thoughts on “Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.