Aina Wedding Contest

Sejak mengenalimu, hatiku sudah bertaut.Itulah kata-kata Aus kepada Cik Aina .Itulah luahan hati dan persoalan siapakah gadis di entry Kalau Sudi Katakan Sudi,Tidak Aku ternanti-nanti terjawab. Takpe Aus, jangan merajuk hati, ramai lagi gadis cantik menanti di luar sana. Teruskan usahamu untuk memikat Si Eny, Cik Aina sudah berpunya dah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hik3,selingan sat.Kali ini aku nak join Contest Cik Aina yang diberi nama :

Aina Wedding Contest : Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk Aina dan kenapa?
Inilah 7 hadiah yang kurasakan agak sesuai/paling ideal daripada kawan-kawan untuk Cik Aina dan mengapa?Rakan bloggers pun dikira juga kan?Ok,tanpa membuang masa, inilah hadiah-hadiah yang terfikir di fikiranku kini :
1) Buku yang bertajuk “Hadiah Untuk Pengantin”
Kenapa buku ini?Idea ini kuambil bila search Internet dan jumpalah artikel/entry dari link ini : Hadiah Buat Pengantin Baru .Inilah lebih kurang tentang buku ini yang diambil dari entry itu :
“Buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan.”

Fuhh,aku pun kena carila buku ini untuk diriku juga.Teruja juga bila baca detail nya. Semoga dengan buku ini akan menjadi petunjuk dan membantu untuk rumahtangga yang lebih bahagia.
2)Buku Resipi Masakan

Oleh kerana Cik Aina tak pandai masak dan selalu saje makan luar (hik3), buku resipi ini amat bagus buat Cik Aina. Macam-macam jenis masakantu, barat, timur, nyonya ,sabah dan sebagainya.Kata orang, suami akan cair dengan masakan Isteri.Jadi Cik Aina, gunakanlah buku masakan ini sebaik-baiknya..Make sure Cik Aina pandai masak within 6 months ye (pandai-pandaije aku cakap Cik Aina tak pandai masak)
3)Microwave
Selain buku masakan, microwave pun bagus juga. Yerlah, Cik Aina kan sibuk dengan suami ditambah dengan berblogging lagi. Jadi, boleh saja tapau makanan dan panaskan balik menggunakan Microwave.Nanti eyriqazz ajarkan camne nak buat Baked Potato ye?Hik3,penting microwaveni.Menjimatkan masa dan menyenangkan kehidupan.
4)Buku Kamasutra Bergambar (Yang kartun-kartun sahaja)
Hik3,noty la eyriqazz ni. Issh,aku pun tak pernah beli buku ni.Sesuai tapi gambar-gambartu kena yang kartun sahaja dan bukan gambar betul.Dengan kehadiran buku ini akan memeriahkan aktiviti ‘Bersukan’ sepanjang siang dan malam. Hik3 lagi.
5)Katil yang Berkualiti/Kukuh
Sediakan payung sebelum hujan.Tergelak juga bila dengar radio iklan apa ntah.Inilah dialog si Suaminya “Aduh,patah lagi”. Disebabkan Cik Aina dan tunang memang nampak aktif ketika di Gathering Paintball, hadiah ini memang sesuai untuk Cik Aina agar tidaklah mereka kesedihan andainya katil patah. Ada pengganti untuk meneruskan aktiviti ‘Bersukan’.
6) LG High Definition TV
Dah penat bersukan dan bertarung, tentu nak luangkan masa menonton cerita kegemarankan?Jadi, LG HDTV ni memang sesuai. Gambar yang lebih jelas ditambah dengan sound sistem yang lebih mengujakan.Lagi mengujakan hadiahkan sekali dengan Astro B.yond subscription. Tentu nama anda akan disebut-sebut selalu.
7)Entry Khas
Dah nama pun bloggers,kenalah buat entry khas pasal perkahwinan ni.Kasi saham naik skit.For me, kalau dijemput,memang akan kubuat entry khas buat Cik Aina.Inilah hadiah yang paling kurang dapat diberikan.Hey, mata pena/mata bloggers lebih tajam dari mata pedang tau.
X lupa juga, 2 rangkap pantun buat Cik Aina yang bakal menjadi ratu sehari :
Cik Aina tahniah dariku
Perkahwinan bahagia dan mendapat restu
Di malam pertama tersipu-sipu malu
Di malam kedua, dia pula yang terjah dulu(hik3)

Cik Aina tidak sabar menanti
Bakal bergelar ratu sehari
Doaku yang terbaik sudahlah pasti
Semoga berbahagia dan dirahmati

Last but not least, pesananku buat Cik Aina dan bakal suami :

Good Luck!!Berhati-hati di atas Katil (hik3 lagi,Credit picture to http://syamsulum.blogspot.com/)
P/s : Apa tunggu lagi.Mehla sama-sama memeriahkan Contest ini. Cik Aina ni memang popular orangnya, followers pun beribu-ribu.Hadiah menarik bakal menanti.Jadi, jomla terjah dan join Contestnya sekali,gerenti puas hati.
P/s/s :Apa pula pandangan anda pasal Cik Aina? Kesian si Aus, sedih lagi.Takpe Aus, jodohmu bakal menanti.Teruskan usaha memikat si Eny.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Aina Wedding Contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.