Ada Apa dengan Fanpage Facebook Eyriqazz@Great Teacher Onizuka

Orang letak Follower widget, aku pun nak letak, orang letak My BlogLog widget, aku pun nak letak, Melz letak Fanpage Facebook, aku pun nak letak juga. Kadang-kadang tertanya diri sendiri apa fungsi semua ni ya?

Follower ni bolehla terima, at least kita tahu berapa ramai yang follow blog kita. Tapi, betul ke follow? Hik3, tepuk dada tanya selera. My BlogLog, sampai sekarang aku tak berapa arif lagi, apa sebenarnya fungsinya . Ada sesiapa boleh tolong terangkan?Terbaru, yang aku sibuk gatal tangan nak letak iaitu :


Namun,saya rasa ada potensi dengan widget ini. Rasanya dengan fanpage facebook ini lebih mudahla untuk berinteraksi dengan pembaca blog. Saya tidak merasakan ianya fan/peminat kerana saya bukannya artis, namun saya rasakan ianya adalah rakan bloggers/pembaca setia. Ada banyak perancangan saya untuk Fanpage Facebook ini antaranya terjah mereka juga (belum berkesempatan lagi), Contest , berkongsi pendapat dan soal jawab bersama saya, dan lain lagi.
Sekarang ini, buat masa terdekat, inilah perancangan saya. Idea ini muncul bila baca entry-entry di bawah ini :
Komen saya di entry mereka dipandang dari sudut positif, dan tahniah di atas pembaharuan yang dibuat. Jadi, di sini inilah yang eyriqazz rancangkan untuk fan Facebook Eyriqazz (bagi sesiapa yang berminat) :
1) Eyriqazz akan terjah di blog anda. Nak terjah  di blog ini, blom sempat lagi.Ada yang terhutang pun blom bayar lagi.
2)Tinggalkan komen di wall Fanpage Eyriqazz beserta dengan link blog anda dan tinggalkan pesan seperti “Sila Komen Pasal Blog Saya”, “Sila Komen yang Positif Sahaja pasal blog saya”, “Sila Komen dan Kutuk Pasal Blog Saya” ataupun apa-apa yang anda mahu saya komen .Jadi, tidaklah saya cross the line kalau mengutuk nanti.
3)Antara yang eyriqazz komen dan perhatikan adalah font, word verification, cara penulisan, potensi blog dan sebagainya.
4)Bila ada kelapangan , eyriqazz akan singgah di blog anda dan kasi komen pasal blog anda . Nak terima atau tak, terpulangla kan?Pandangan peribadi saya ni tak semestinya betul kan?
Psst,psst, saya buat sebegini bagi membantu dan memberi pandangan kepada Fan/rakan/pembaca blog saya. Apa salahnya memberikan feedback untuk membantu memperbaiki mutu blog kan? Apa pun, ini tidak bermakna blog anda tidak akan diterjah.Sekiranya anda terkena, terjah tetap terjah.
P/s : Jadi, apa tunggu lagi?Saya akan gunakan sistem FIFO (first in , first out) jadi, barulah adilkan?
P/s/s : Apa pandangan anda?Ok ke perancangan saya ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Ada Apa dengan Fanpage Facebook Eyriqazz@Great Teacher Onizuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.