Tuah Ayam Nampak di Kaki

Tuah Ayam Nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.Tentu korang selalu dengar pasal pepatah ni kan?Namun, tidak semua tuah ayam itu nampak di kaki, ada juga tuah ayam nampak di :


Kecantikannya seperti Ayam Serama Ini
Teruja betul aku, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman yang berlaku ke atasku pada petang 23/2/10, lebih kurang pukul 330 petang. Aku menerima panggilan yang tidak disangka.Beginilah lebih kurang perbualannya :

X :Encik, hutang kredit kad sudah 10 bulan due , bila mahu bayar?

Saya : Hutang kredit kad?Ehh,saya selalu bayar laa.
X : Aiyoo, macam mana ble cakap dah bayar, saya check ini system sudah lama tak bayar.Encik mahu saya panggil itu Samseng datang rumah Encik collect duit ke?
Saya : Ussh,Samseng, ni dah lebih ni?Anyway,ni siapa ni?
X :Sayalah Fafau….
Saya :Fafau?
X : Fafau @ Farah Fauzana dari Hot fm. Anda telah terkena panggilan Hangit…
Saya :Grrr…siapa punya kije la ni!!

Hik3,adushh siapa yang kasi hangitkan aku ni?Hik3,jawapannya, Aku yang hangitkan korang.Perbualan sebenar camni la  :

X :Hello, boleh bercakap dengan Encik X?
Saya :Saya bercakap.
X :Tahniah.anda baruje memenangi hadiah…..Jangan lupa collect hadiah di xx…ya?
Saya :Betulke ni?
X :Betul la,nanti kitorang e-mailkan detailnya.
Saya :Ok,thanks ya (teruja dan hampir menitiskan air mata)

Fuhh,teruja betul.Nanti punya nanti, akhirnya e-mail yang kutunggu itu tiba.Malas nak edit, aku pastekan saje di sini :
Dear Nuffnanger,
Congratulations! You’re one of the winners of the Astro B.yond Bloggers Night post-event blogging contest! You’ll be walking away with a Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV.
As per our phone conversation earlier, please be at the Astro office at the date, time and venue below to collect your prize, and also take a tour of the Astro office:


Date: 1 March 2010
Time: 10.30 a.m.
Venue:
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong – Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

Once again, congratulations and see you on Monday! 🙂

Cheers,

Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive

Yey,macam tak percaya je.Aku menang?Aku menang??Tak sangka entry ku ini : Astro B.yond Bloggers Night telah melayakkan aku memenangi hadiah utama berupa Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV. Fuhh, mahu-mahu lebih RM2 ribu hadiah ni dan selamat tak payah bayar bil Astro tahun ni.Rezeki-rezeki.

Oh LG HD TV, tidak sabar untuk ku memiliki mu
Fuhh, kesetiaanku berbalas juga. Tak sangka aku memenangi hadiah ini. Selepas Samsung Corby wife ku hilang dan dicilok di Isetan, rezeki ini pula yang datang. Di sebalik dugaan, ada hikmah di sebaliknya. Terimakasih Nuffnang dan Astro, dan apa yang ingin ku katakan, I Love Nuffnang 
P/s : Gembiranya dalam hati. InsyaAllah, bulan depan aku buat Contest lagi. As i told earlier , the more u give, the more u will get. Apa pula pandangan anda?
P/s/s : Kena ambil cuti half day la Isnin ni, daydeck, boleh tunjukkan jalan ke sana tak? Betul kata pepatah itu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Jadi, teruskan usaha dan jangan mudah putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja.Usaha tangga kejayaan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

92 thoughts on “Tuah Ayam Nampak di Kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.