Tips untuk Meningkatkan Komen di Blog Anda

Antara part yang paling mengujakan untuk seorang bloggers adalah visitors dan juga komen di entrynya. Kalini eyriqazz ingin berkongsi tips untuk meningkatkan komen di blog anda. Tips ini untuk beginner, from a beginner juga.  Jadi, andai tersalah silap minta maaf awal-awal ya?

Comment Tips
Pentingke orang mengomen di entry kita ni? Mana lagi penting, komen ker , hits ke blog kita? Alah, blog Redmummy takde la ramai giler orang komen tapi hits nya tinggi jer.Blog Hanis Zalikha dan Melromeo pula, tinggi mencanak je kedua-duanya.
Jadi, tepuk dada, tanya selera. Bagi saya yang masih baru ini, orang mengomen ini penting kerana ianya menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus menulis.Rasa cam penulisan kita dihargai dan orang benar-benar membaca walaupun entry kita itu kadang-kadang terlampau panjang dan meleret-leret mengalahkan keretapi laju Jepun.
Ishh,banyak pula membebel ni.Back to the question, Inilah tips yang eyriqazz amalkan melalui pembacaan dan juga bertanya bloggers-bloggers yang lebih berpengalaman especially Sifuku Melromeo .
1)Disablekan word verification
Dulu memang eyriqazz ada buat word verification, konon-kononnya taknak orang spam mesej kita. Bila terbaca di blog Melz, barulah sedar, tanpa word verification pun kita still boleh moderate entry kita tu.Jadi, kenapa perlu ada word verification?Ianya menyusahkan, memeningkan, dan membuatkan visitors kurang bersemangat nak mengomen.
2)Give and take
Sebelum kita menerima, perlulah kita memberikan? Kalau kita mahu orang hormatkan kita, kita kenalah hormatkan orang lain kan?Komen la di blog orang lain,namun berilah komen yang membina dan boleh diterima dan jangan hanya nice entry, good entry, cun la, nice again.Cam tak ikhlas je bunyinya kan?InsyaAllah, mereka menghargainya dan akan return the favour.Alah, kalau 10 kita komen yang membalas nya 6 pun dah kira success kan?
One more things, kalau kita mengomen di shoutbox mereka, janganlah expect mereka nak mengomen di entry kita pula.Shoutbox ni rasanya sesuai untuk blogwalking dan mencari short term visitors ke blog kita.Namun, untuk loyal reader, better leave a comment in their Comment Box.Anda mana lagi suka?Komen di shoutbox or di komen entry anda?Hik3..fikir-fikirkanlah…
3)Balas Komen
Maafkan saya sebelum tu.Skangni memang sibuk sikit, jadi saya hanya sempat membalas komen yang berbentuk persoalan tapi saya menghargai semua komen dan saya akan singgah kembali ke pengomen blog saya.Cuma bergantung pada masa.Honestly, skangni sempat membalas untuk entry setakat Jan 2010 tapi usaha masih diteruskan dari hari kehari.Sabar2 ye?.
Perhubungan perlulah dibina kan? Kadang-kadang pengomen akan datang kembali ke entry kita untuk melihat adakah komennya berbalas.Contoh yang bagus adalah blog Melz lagi, dia memang rajin membalas komen orang mengomen blog nya dan no wonder komen di blognya selalu mencecah 30+.
4)Kumpul dan Menang
Hahaha,ni saya la sendiri amalkan dan syok sendiri.Biasanya saya kumpulkan komen tu at least 5-10 komen baru saya publishkan.Ramai orang suka menjadi pengomen pertama kan? Jadi saya biarkan pembaca ternanti-nanti dan bila dah banyak publish sekaligus .Bila dah banyak komen , psikologinya, tentu lebih ramai berminat nak mengomen samakan?Hik3…
5)Persoalan di Entry
Yang ni pun penting terutamanya bila entry kita meleret-leret dan pembacatu rasa kurang berminat nak membaca entry kita tu.Bukan tak suka, kadang-kadang topik yang kita utarakan tak kena dengan citarasanya seperti cakap pasal bola, wanita suka ke? Jadi, selitkan persoalan di entry terutamanya di akhir entry seperti Anda bagaimana, minat tak bersukan ataupun apa-apa persoalan yang mudah dijawab.
Oklah, itu saja kali ini.Ada masa eyriqazz tambah lagi. Perkara yang elok-elokla dikongsi-kongsikan?Rezeki kita takkan lari/berkurang jika kita berkongsi.Akhir sekali, eyriqazz nak tambah kenapa eyriqazz rasa komen ini penting :
1)Selain Inspirasi, ianya dapat menarik lebih ramai pembaca. Logiknya la, mana anda prefer baca, entry yang ramai orang komen or entry yang orang langsung taknak komen?
2)Dapat memperbaiki mutu penulisan dan perbetulkan apa yang salah.Kadang-kadang apa yang kita tuliskan tersilap fakta contohnya kita nak cakap pasal bola sepak tapi tertulis sepak takraw.Dari sini kita boleh memperbaiki mutu penulisan kan?
3)Tepuk dada ,tanya selera. Bagi eyriqazz, bagi bloggers baru, komen dan visitors go hand in hand. The more people comment, the more visitors u will get. I.e. entry eyriqazz semalam pasal Tips Menambahkan Visitors ke blog anda, setakat pukul 10 malam semalam@ ketika entry ini ditulis, hits eyriqazz tertinggi minggu ini.
P/s :Anda pula bagaimana, pentingtak komen ni?Sukatak bila orang mengomen @ sukatak mengomen di blog yang ada word verification?
P/s/s : Ok ke tips ni?Hehehe,saya masih lagi baru , jadi salah silap harap maafi.Tak semua yang saya lontarkan ini betul, ini hanya pandangan dan berkongsi pengalaman peribadi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

70 thoughts on “Tips untuk Meningkatkan Komen di Blog Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.