Tips Menambahkan Visitors ke Blog Anda

Sambungan daripada Macam Anak Dara tak datang Tunangnya dan 7 tips untuk tingkatkan trafik ke Blog anda, kalini eyriqazz nak menambah tips menambahkan visitor ke blog anda.Tips ini dari new blogger dan rasanya sesuai untuk new bloggers cam eyriqazz.Yang dah terror2 tu, bolehla abaikan aje tips ini :
Blogging Tips for Beginner

1) Tarik Minat Loyal Reader
Camne nak menarik minat loyal reader?  Pertamanya mestilah entry yang menarik kan? Tapi how to define menarik? Lain orang,lain maksudnya kan?  Bagi saya, untuk menarik loyal reader , perlulah promosikan blog anda.
Selalulah komen di blog lain secara konsisten dan komen yang membina dan boleh diterima.Contohnya, target 30 blog yang anda rasakan mereka boleh menjadi loyal reader anda dan cuba komen selama seminggu.Dan hasilnya, untuk saya sendiri, rasanya saya pun sudah menjadi loyal reader ke atas pengomen tegar di blog saya seperti KancilBiru, Bean Moreno, JAI, dan ramai lagi.

Bila benih sudah disemai, mudahlah pokoknya untuk membesarkan?.Aku bukannya bloggers hebat, honestly hit aku hanyalah sekitar 300-700 sahaja sehari, namun walaupun aku tidak berblogwalking ataupun bercuti, aku masih mampu untuk mendapatkan hits sekitar 150-500 sehari . Dari mana datang nya hits ini?Sudah tentu dari loyal reader kan? Jadi, perbaikilah penulisan anda dan rajin-rajinkanlah usaha mengomen entry lain. Tengoklah Cik Epal, dia begitu rajin menerokai blog-blog lain.

2)Adakan Contest di Blog Anda
Melalui contest ini, lebih ramai yang akan tertarik dan mengunjungi blog anda.For me, ada perubahan yang ketara apabila selalu adakan contest ini .Lebih menarik hadiah nya, lebih ramai yang berminat. For a new bloggers, mungkin susah skit kan?Namun, be creative dan hadiahnya tidak semestinya wang ataupun barangan kan?Review blog/iklan di blog anda sebagai hadiahpun mungkin boleh menarik minat kan?Tengok Melromeo, rajin dia buat contest, dan hasilnya memang memuaskan.
P/s :Bila adakan Contest, kalau boleh jangan paksa orang jadi follower blog anda.Sukakah anda bila rasa terpaksa follow blog untuk join Contest? (Saya suka join contest tapi saya takkan sertai contest yang kena jadi follower di blog mereka) . Selain itu, jangan letak syarat-syarat yang kurang digemari seperti kena letak banner di sidebar or etc.Kalau setakat letak alamat blog, tiada masalah rasanya.
3)Join Contest
Joinla contest .Tak kiralah contest Nuffnang ataupun contest di blog lain. At least ,bila anda join contest, penulis itu akan view blog anda kan? Kalau contest di Nuffnang, leave comment dan memang akan ada orang yang akan view blog anda untuk mencari idea untuk menulis berkenaan contest tersebut. Bila anda menang, makin ramailah orang yang akan masuk blog anda kan?Ini berdasarkan pengalaman saya memenangi hadiah Project Alpha Blogging Contest. Sejak detik itu, tidak susah mendapatkan 100+ visitors setiap hari.
4)Selitkan persoalan di entry anda
Kadang-kadang bila entry terlalu panjang, ramai yang tak sudi membaca. Cuba selitkan persoalan di blog anda terutamanya di akhir entry agar blogwalking blogger yang tidak sempat membaca keseluruhan entry anda dapat mengomen sama. Oh ya, tips ni telah diperturunkan oleh Melz .
5) Tepuk dada, Tanya Selera
Once a week, review la blog anda sendiri . Cuba selidiki, kalau saya sebagai pembaca, suka tak baca blog saya ni? Put yourself in their shoes . Bak kata Melz, ”Blog kau, tapi aku yang baca” .Belajar dan perbaiki diri.Bergurulah  dan belajar daripada bloggers yang berpengalaman dan jangan segan untuk bertanya. Malu bertanya, sesat jalan kan?
P/s :Itu saja kali ni.Ok ke tips ni?Salah silap harap maafi ye?
P/s/s : Jadi apa tunggu lagi?Mehla join 2 contest saya yang masih berjalan tu.Kalau responsnya memuaskan, lain kali hadiah lebih menarik bakal menanti. Hik3.Apa pula pandangan anda, ada tips yang mahu ditambah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

126 thoughts on “Tips Menambahkan Visitors ke Blog Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.