Tips Berblogwalking

Salam semua. Kalini seperti yang eyriqazz janjikan , eyriqazz ingin memberikan satu lagi tips. Tips ni dari beginner dan lebih sesuai untuk beginner.Jadi, andai ada salah silap, terlebih dulu minta maaf ye? Tips yang eyriqazz ingin kongsi harini adalah :

Tips Berblogwalking

Inilah tips yang ingin eyriqazz kongsikan melalui pembacaan, pengalaman, dan bertanya blogggers-bloggers lain yang lebih berpengalaman :

1)Tinggalkan Komen yang membina

Seperti yang eyriqazzΒ  tekankan sebelum ini, bila menyinggah blog orang, jangan lupa mengomen jika sempat .Namun, bagilah komen yang membina yang akan dihargai oleh penulisnya. Jangan hanya tinggalkan komen seperti good post, great entry, nice dan berharap penulis tersebut akan menyinggah kembali.Andai tidak sempat mengomen, kalau ada shoutbox, tinggalkan la jejak di sana.Untung-untung, penulis menjejaki kembali.

2)Kualiti atau Kuantiti ?

Saya ingin kongsikan ayat daripada Kak Jie yang betul-betul memberi kesan kepada saya sebelum ini. Komen ni diambil dari forum Gengblogger. Inilah komennya :

“Kemudian mulalah melawat jiran tetangga. Jangan terlalu ghairah mengexplorasi diri di setiap blog sehingga anda kelihatan seperti spammer. Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi , psikologi dan sosial teman berkenaan. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik.”

Jadi, fikir-fikirlah balik .Komen yang berkualiti akan memberikan loyal reader yang berterusan namun jika hanya mengejar short term visitor dan meninggalkan komen hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, loyal reader anda akan lari.
Dulu, saya pernah buat silap dalam berblogwalking ini. Namun, sekarang, walaupun semakin kurang yang dapat saya singgahi setiap hari berbanding masa dahulu, namun saya akan pastikan yang saya baca entry mereka dan cuba tinggalkan komen yang berkualiti dan boleh diterima. Saya tetap akan singgahi ke semua pengomen, cuma cepat atau lambat sahaja. Quality is better than Quantity,kan? Jadi, tepuk dada,tanya selera.
3) Long Term or Short Term?

Kalau mahukan visitor untuk long term, cubalah bagi komen yang berkualiti dan konsisten. Saya amalkan dan ianya berjaya bagi saya. Jika mahukan visitor yang ramai dalam masa yang singkat, tinggalkan komen di shoutbox selalu. For me, saya buat kedua-duanya, yang mana komen di shoutbox, saya balas di shoutbox, yang mengomen di entry, saya komen entry. Give and take kan ?Lagipun, mungkin agak kurang selesa bila kita mengomen di shoutbox namun meminta balasan mengomen di entry?Jadi, fikir-fikirkanlah.Saya pun baru sahaja letak shoutbox supaya saya boleh berinteraksi dengan visitors saya dan ianya bagus untuk bloggers baru seperti saya .

4)Give and Take

Saya biasanya lakukan ini sebelum pukul 12 malam. Jika anda Nuffnangers, check Analytic Nuffnang dan tengok referral. Di sana ada lebih kurang top 15 referral, jadi jangan lupa berblogwalking di blog mereka dan tinggalkan komen. Tentu mereka rasa dihargai dan ingin teruskan kasi backlink kepada anda di masa hadapan. Sama-sama menolong baguskan?
5) Blogwalking bagus untuk Kesihatan Blog Anda

Yang ni tiada kaitan sangat.Cuma nak relatekan kan dengan pengalaman peribadi. Kalau anda mahu menjadi pelari jarak jauh, larian yang konsisten dan stamina amatlah dititikberatkan ( long term visitors juga). Kalau mahu menjadi pelari jarak dekat yang berjaya, pecutlah sekuat hati (short term visitors).
Jadi, pilihan di tangan anda.Bagi saya, hasilnya, inilah yang saya dapat di hari Sabtu yang lepas (satu entry/paling kurang berblogwalking minggu lepas/weekend )


252 visitors (Oklah bagi saya yang masih baru ini)

P/s : Ok ke tips ni? Saya sedar, apa yang saya utarakan ini tidak semestinya betul.Apa pula pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

98 thoughts on “Tips Berblogwalking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.