Terjah | Sepet oh Sepet

Mari kita tengok siapa yang kena?Seperti dijanjikan, kali ini aku ingin menerjah :

Blog Sepet adalah one of my favourite blog. Saya sukakan gaya dia menulis. A must visit blog everyday. Oh ya, kenapa Sepet ye? Setahu aku blognya dinamakan Sepet sempena matanya yang agak sepet tu.Sepet ke?H ik3,adalah la kot,ada gaya2 Chinese look juga, namun tetap comel.
Apa yang menariknya pasal blog Sepet ni ye?Marilah sama-sama kita menerjah dan inilah komen peribadi eyriqazz :
1)Happy Go Lucky, Comel dan Senyum Selalu
Ini antara daya tarikan utama. Wajah yang cantik , comel , dan selalu sahaja tersenyum membuatkan orang mudah tertarik untuk terjah ke blognya. Siapa yang tidak sukakan kecantikan?Dalam entry-entry Sepet di blog nya ,tidak kujumpa lagi gambar dia tengah marah or tengah menangis.Memang sesuai dengan jiwa remaja.
2)Entry yang santai dan mudah diterima
Sekali pandang, blog Sepet ni cam ada gaya blog Jojo Struys kan? So colourful entrynya, berwarna-warni dan ada merah, oren, hijau, biru dan macam-macam lagi. Orang yang ceria mestilah colourful kan?
 Entry nya pun bersahaja, gaya penulisannya mengikut apa yang terpendam di hati, main lepas dan luahkan aje. Takde nak hide-hide ni, ditambah pula dengan kisah percintaan di dan Qery skang ni, memang sesuai dan menjadi terjahan golongan-golongan remaja di luar sana.Eh, golongan dah kahwin pun suka juga, cam saya,teringat zaman muda-muda dan bercintan-cintun dulu.Lagipun ,Si Sepet dan Qery ni sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua.Semoga ke jinjang pelamin dan berbahagia hendaknya.
Psst, bila masa diorang kahwin ni?
Nak tahu pasal tu, korang kenalah terjah blog dia .
3) Peminat blog yang ramai
Fuhh, lebih seribu followers Sepet ni. Meriah.Mesti la blog nya bestkan, kalau tak, bukan senang nak dapat follower beribu-ribu lemon camni.Sayapun salah seorang follower blog Sepet ni.
Sekali imbas, ramai kan golongan wanita dan remaja yang follow blog nya?Rasanya sudah pasti entry Sepet ini begitu sesuai dengan jiwa remaja dan anak-anak muda. Cam zaman saya-saya dulu, kalau sebut filem apa yang best, mesti ingat filem ”Gila-Gila Remaja” lakonan Faizal Hussein dan Rosyam Nor kan?Kalau sebut pasal blog remaja yang menarik, I think blog Sepet salah satu daripadanya.
4)Jaringan kekeluargaan yang erat dan akrab
Kalau dilihatkan, banyak ahli keluarga Sepet yang turut mempunyai blog. Yang paling ku kenali adalah Ceeramon dan juga Viruspadu .Dua-dua mereka ini memang hebat, pembaca blog mereka lebih daripada 2 ribu sehari, jadi tidak hairanlah sudah banyak Advertorial Nuffnang disambar oleh kakak-kakak Sepet ini. Kepopularan kakak-kakak Sepet turut menjadi pembakar semangat unutk Sepet berblog.Dengar cerita, Sepet antara orang terakhir keluarganya yang membuka blog jika dibandingkan dengan kakak-kakaknya yang lain. Takper,biar lambat, namun kepopularanmu tetap terserlah.
 
Lumayan juga kan Income Sepet dengan Nuffnang kan?
5)Sepet tidak lokek Ilmu , berkongsi dan bertukar-tukar link
Sepet tidak lokek ilmu.Sesetengah entry nya ada menyentuh pasal tips berblog dan tengoklah jaringan linknya. Exchange link pun boleh meningkatkan trafik ke blog anda dan lihatlah buktinya. Aku pun turut menerima tempias daripada Sepet ini. Hasil exchange link dengan Sepet berjaya membolehkan visitors yang melawat dari blog Sepet antara yang tertinggi setiap bulan mengikut Analytic Nuffnang. Thanks Sepet, jasamu aku hargai.
6)Layout yang simple dan tulisan mudah dibaca
Agak santai bila berada di blog sepet.Tulisan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Just nice dan senang membacanya dan tiada widget-widget yang mengacau pemandangan. Memang selesa melayari blog sepet dari satu page ke satu page.
7)Fuhh,follower berada di atas sekali sebelum entry. Terasa diri begitu dihargai.
Ok, lepas dah puji masa untuk memberi feedback pula :
1)Elok rasanya kalau di blog Sepet ada Google Search untuk entrynya.Jadi mudah la pembaca nak mencari entry yang diminati. E.g. nak search pasal Qery, Sepet, Nuffnang, dan lain-lain lagi.
2)More entry on tips berblog.Yerlah, Sepet lebih dulu makan garam dan ada kakak-kakak yang sudah mendapat Advertorial Jobs.Ingin juga mendengar rahsia Sepet dan kakak-kakaknya juga.Manatau boleh membantu meningkat prestasi.
3)Sepet tak teringin nak join Nuffnang Event ke? Hik3, one of my favourite blogger,tentu ramai peminat Sepet yang ingin berjumpa dengan Sepet termasuklah saya.Ehh,jangan salah sangka, saya sudah beristeri dan I Love my wife. Boleh kami bertanya dan berkongsi rahsia kepopularan blog Sepet.
itu saja.Jadi apa tunggu lagi. Marilah terjah blog Sepet.
P/s :Maafkan saya Sepet, ambil gambar-gambar di blog anda tanpa kebenaran. Kalau Sepet tak suka, kasitau ye?Nanti saya removekan kembali.
P/s/s : Anda pula bagaimana? Apa pandangan anda pasal blog Sepet ?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “Terjah | Sepet oh Sepet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.