Terjah | Ariff Shah Jejaka Russia Idaman Wanita Malaysia

Seperti dijanjikan di entry Terjah | Alam Maya Saya yang Cute, kali ini eyriqazz ingin menerjah :

Inilah sebabnya kenapa Ariff Shah diterjah olehku :
Penyumbang tertinggi di Gengblogger
Oh ya, mungkin lebih dari satu bakal kuterjah selain Ariff Shah.Jadi, kalau mahu kena terjah, marilah menyumbang sama skorku di gengblogger.Hik3.
Ok,berbalik kepada persoalan asal.Siapa Ariff Shah ni?Macam nama ahli politik je yang bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh satu ketika dulu? Oh ya ,tajuk sengaja dikomersialkan .Untuk mengetahui lebih lanjut pasal Ariff Shah bolehla terjah di sini :
http://ariffshah.com/about-ariff-shah/ (Jejaka Idaman Malaysia )
Pertama kali aku mengenali Ariff Shah ketika di Gengblogger. Ariff Shah telah memenangi pertandingan :
Pemenang Pertandingan Cipta Tagline Gengblogger dengan taglinenya “Komuniti Blogger Anda”
Semenjak detik aku, aku semakin setia menerjah blog Ariff Shah walaupun selalu tak sempat tinggalkan komen. Jadi, apa tunggu lagi, dengarlah terjahan olehku pasal blog Ariff Shah ini :
1)Blog yang penuh Berinformasi
Boleh baca dan perbesarkan gambar untuk melihat komen ku.Banyak tips-tips menarik dari blog Ariff Shah dan banyak yang boleh dipelajari.Nak tahu lebih lanjut, bolehla terjah di sini :
Antara tips Menarik yang kurasakan sangat best adalah :
Selebihnya, bolehla terjah sendiri, banyak tips menarik lagi di sana.Memang tak rugi menerjah blognya .
2) Layout yang kemas dan Menarik
Honestly, aku memang jeless ngan layout Ariff Shah.Mungkin lepas ni aku kena berguru dengan Ariff Shah dan bodek dia camne nak buat layout cantik cam dia. Memang menarik, cepat loading, sejuk mata memandang, dan rasa nak terjah selalu. Cuma yang menjadi persoalan ku sekarang adalah :
Ariff Shah dan Cik Bintang bercinta ke?Hik3…
3)Entry yang pelbagai, santai dan menarik
Cam sama je dengan entry No. 1?Lain skit. Entry Ariff Shah turut diselitkan percutian, pengalaman di luar negeri , serta motivasi. Entry nya yang bertajuk http://ariffshah.com/hidup-berani-untuk-gagal/ memang menyentuh perasaanku. Teringat kisahku semasa aku ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negeri, memang teruja dan hampir ku tolak tawaran tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Namun, berbekalkan semangat Hidup berani untuk gagal, aku gagahkan hati, dan segulung ijazah dari Universiti dari UK berjaya ku bawa pulang. Ehh,melilau pulak ayatku.Hik3…
4) Alexa Ranking yang mengkagumkan
Wah,kalau ditengokkan Archivenya, blog Ariff Shah ni dibuka pada September 09 iaitu masa yang sama aku bergiat aktif dalam berblog. Aku kurang faham sangat dengan Alexa ranking ni, cuma yang ku tahu, lagi rendah ,lagi baguskan?Fuhh, bawah 200 ribu tu, memang mengancam.Blog yang bertahun-tahun pun belum tentu ble lawan kehebatan Alexa Ranking AriffShah ni. Apa rahsia ya?Tentulah pembaca yang ramai dan entry yang berkualiti.
Banyak lagi aku nak mengomen sebenarnya ,namun coz blog dia ni memang hebat, aku serahkan kat korang la pula untuk menerjah blog nya.Jangan lupa terjah blog Ariff Shah ini di sini :
Komen peribadi pula dan apa yang aku rasa boleh diperbaiki/apa yang aku mahukan di blog AriffShah :
1)Search button supaya mudah nak menerjah/search .Banyak sangat entry menarik, rambang mata dibuatnya.Hik3…
2)Tutorial nak buat banner seperti ”Aku dan Kamu ” tu.Seriously, memang cool dan aku teringin sangat nak belajar.
3)Contest.Hik3,dah join Innity, tentu Income masyuk kan?Bila nak buat Contest?Akan ku sertai kalau syarat-syaratnya tidak memberatkan.
Itu saja .Jadi, marilah sama-sama terjah blog Ariffshah. Bak kata iklan TV, blog Ariff Shah ”Kita mesti terjah”. Hik3…
P/s :Pernah singgah di Ariffshahtak ?Apa pula pandangan anda?
P/s/s :Mangsa seterusnya, Jeng-jeng-jeng : Kak Ina KL .Tunggu.Lebih ramai akan diterjah di masa hadapan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

36 thoughts on “Terjah | Ariff Shah Jejaka Russia Idaman Wanita Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.