Terharu Hatiku

Aku terharu.Entry aku bertajuk Terima Kasih Guruku dirujuk.Aku ada mentionkan pasal guru-guruku disana.Boleh ku katakan aku memang dah lost contact dengan semua guru-guruku.
Namun,semalam ,tengah-tengah check e-mail aku dapat e-mail dari seseorang yang aku cukup kenali,begini bunyinya :

salam iman,

t kasih kerana masih mengingati dan saya sangat terharu dengan perhatian itu.

kalau balik trg, jemput ke rumah.(No. Telefon)
Cikgu Nik Jamilah

Aku memang terharu

Cukup terharu,kerana berblog ini,guruku yang cukup kukagumi menerjah blogku dan mendapat respons positif darinya.Ini membuatkan aku semakin gembira.Honestly,dulu masa aku start aktif berblog,aku akui memang duit faktor utama aku berblog.Siap kena sound dengan Robb Chew lagi.Hik3…

Namun,sekarang,duit bukannya sebab utama aku berblog ini.Aku seronok menulis.Aku seronok berjumpa kenalan baru.Aku seronok menangi hadiah menarik.Aku seronok terjah blog orang.Berblog menjadi hobi baruku.Namun,Sambil menyelam sambil minum airkan?Siapa yang tak mahu duit?Sebab itu aku akan cuba kongsi-kongsi semula pendapatanku berblog.Aku akan cuba mengadakan Contest sekerap mungkin.Tanpa pembaca,siapalah aku.

Terimakasih Guruku.Aku betul-betul terharu.3 rangkap pantun buatmu Guru :

Nik Jamilah nama diberi
Namamu cantik Indah sekali
Ajaran diberi bagus sekali
Jasamu ku kenang sehingga mati

Nik Jamilah cikgu kesayangan kami
Mengajar kami penuh dedikasi
Sayang sungguh sayang sekali
Kerjaya perguruan kau tinggalkan kini

Patah tumbuh susah berganti
Nik Jamilah sumber inspirasi
Terima kasih dari aku dan Isteri
Tanpamu tidak mungkin kami berjaya sekarang Ini

Terimakasih daripada Kami Seisi Keluarga

P/s :Apa pula pandangan anda?Besarkan pengorbanan seorang guru?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Terharu Hatiku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.