Percutian di Melaka | Pengalaman Yang Mengujakan

Baru sempat nak update percutianku di Melaka.Pergi Melaka memang best.This time, hanya nak letak random gambar dan serba sedikit descriptionnya , gambar  lebih detail next time ye as ada pembaca yang bertanya apa yang best di Melaka dan dia bercadang nak pi Melaka next week  :

 

Beca Berhias Melaka
Tak lengkap rasanya kalau pergi Melaka tak naik Beca Berhias Melaka. Memang best terutamanya kalau naik time petang, dengan angin yang sepoi-sepoi sambil melihat pemandangan bandar Melaka.Harganya minimum RM10 rasanya . Kalau nak pusing-pusing jauh, RM30 kalau tidak silap.

Menara Taming Sari (The Only Rotating Tower In Malaysia)
Huhuhu,3 kali datang Melaka still tak sempat naik Menara Taming Sari. Ramai giler orang beratur, jadi kami batalkan niat.Takpe ,Melaka pasti kusinggahi lagi suatu hari nanti. Boleh aku minta Ween blanje makan.Amcam Ween , boleh ?
Nak naik Menara Taming Sarini hanyalah RM10 untuk dewasa dengan syarat ada bawa IC.Huhuhu,rasa tak lengkap pi Melaka ni tak sempat naik menara Taming Sari.
Heritage House di dalam Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Di sinilah tempat menarik untuk membeli souvenir dibawa pulang.Baju-Baju, dodol, kerepek-kerepek dan banyak lagi pilihan yang semuanya menarik. Kalau singgah, Heritage House memang menjadi kemestian.Harganyanya berpatutan.
Melaka River Cruise
Fuhh,memang best naik Melaka River Cruise nih.Melihat pemandangan dan santai je rasanya.Seronok sampaikan :
Alisya pun marah kenapa dah nak habis pusing
Selain tu, jangan lupa singgah di sini juga :
Taman Mini Malaysia & Mini Asean
Memang best tempat ni.Di sini ditempatkan tradisi dan rumah-rumah dahulu mengikut negeri seperti Selangor,Terengganu dan lain-lain serta pameran pakaian tradisi di setiap rumah tersebut.Kami tak sempat nak tengok Mini Asean kerana ada renovation. Kalau datang time cuti sekolah ataupun cuti awam, memang bernasib baik kerana selalu diadakan :
Persembahan Tarian Tradisional
Memang meriah dan best. Banyak tarian yang dinyanyikan.Ada tu yang tak pernah kusaksikan seperti tarian Awang Gendut kot.Hik3,nanti ada masa aku updatekan detail ye.
Satu lagi, kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai kan? Tempat makanan laut yang cukup famous dan sedap. Kalau singgah Melaka tak singgah Umbai memang kerugian besar.Kami pun plan la pi Umbai namun tersesat jalan dan dah lewat malam ,jadi kami pergi di Muara Sungai Duyung :
Siakap Bercili
Udang Masak Pedas
Inilah antara lauk yang kami order.Walaupun tak pergi Umbai, Muara Sungai Duyung ni menjanjikan hidangan yang lazat juga.Punyalah ramai orang sampai ikanpun hanya tinggal siakap dan ikan merah masa kami sampai. Sedap,kawan kami yang pernah pergi both Umbai dan Muara Sungai Duyung mengatakan dua-dua tempat ini best, cuma di Umbai lebih banyak gerai makan.Di Muara Sungai Duyung ada dua gerai saja.Tapi, memang menyelerakan.Aku kasi rating 9.5/10. Sedap sehingga habis licin dan akan kusinggahi lagi Muara Sungai Duyung dan akan kukunjungi Umbai juga.
Memang percutian yang santai dan menyeronokkan.Tengok sajalah :
Alisya pun suka dan gembira
Memang tak puas berjalan di Melaka.Walaupun bandar kecil, perjalanan 4 hari 3 malam rasa cam tak cukup je.Banyak lagi tempat yang belum kami jelajahi.Huhu,takper,lepas ini akan ku terjahi bandar Melaka lagi. Terjah tetap Terjah !!
P/s :Anda pula bagaimana? Tahun ni bercadang nak bercuti ke mana? Kami plan nak pergi ke Langkawi, Cameroon Highlands, dan Sabah pula lepas ini. Cuti-Cuti Malaysia pun menjanjikan keseronokan.Jimat wang ,hati tenang, gembira sakan. Betultak?
P/s/s : Seronokkan kalau dapat bercuti selalu?Lapang je fikiran dan menenangkan minda.Namun, semakin hari semakin mahal nak bercuti, gaji tak naik mana namun kos sara hidup, alahai, takut dibuatnya.Aku bersyukur kepada Tuhan atas rezeki yang dikurniakan.
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Melaka, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Percutian di Melaka | Pengalaman Yang Mengujakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.