My ? Cheque From Nuffnang

Hai Senangnya dalam hati
Dapat cek Nuffnang lagi
Tak sia-sia aku berblog ini
Sambil menyelam, sambil kejar Dyesebel yang Cantik Sekali
Comelkan Dyesebel?
Siapa cakap tak boleh buat duit dengan blogging especially daripada Nuffnang?  Walaupun aku baru 5 bulan dengan Nuffnang dan baruje bergiat aktif, tiap-tiap bulan memang boleh cash outkan Income Nuffnang. Seronok juga rasa hati.Ala,yang kat atas tu bukan banyak pun, mana boleh nak lawan Melromeo mahupun Cik Epal.Aku ni blog picisan saja. Baru je nak belajar merangkak cam anakku Alisya.
Sepanjang 5 bulan ni, apa lagi yang terkini selain daripada apa yang telah ku katakan di blog sebelum ini?Umm, aku sangat gembira kerana :
Followerku dah cecah 500
Namun,bak kata Melz,Jadi Follower Untuk Apa? ,Maafkan aku kalau ada follower yang tersinggung aku tak follow blog mereka.Aku memang tak suka follow orang kerana terpaksa dan andainya anda rasa kecil hati ,maafkan ye?
 
Bagiku lebih senang dan selesa follow blog yang kita suka kan? Dan jika sebab ini juga membuatkan anda rasa aku tidak memulangkan kembali follow you,follow me back”,aku tak marah jikanya mahu unfollow aku kembali. Hehehe,apapun, aku sayangkan followerku semua, nanti ada masa aku cuba acah-acah dan terjah blog follower ku pula. Anda pun sedang diperhatikan especially yang mana-mana yang aku slalu tinggalkan komen di blog mereka.
Dari pelbagai negara juga terjah blogku ini
Hehehe,terimakasih diucapkan walaupun pembaca dari mana saja berada.Tanpa pembaca,apalah sangat penuliskan?
First time ada entry cecah 100 komen (entry ini )
Aku memang menghargai komen-komen yang diberikan,cuma maafkan aku kalau tak sempat membalas semua komen. Bukan sombong mahupun pilih kasih,namun kesibukan masa membataskan membalasnya. Namun,aku akan cuba sedaya upaya untuk singgah kembali ke pengomen dan cuba untuk membalas komen kembali.

Aku tahu,one of the best part for blogger ialah bila membaca komen yang ditulis,kan? Ala,tanyalah sesiapa sahaja,mesti mereka teruja nak baca komen yang ditulis.Jadi,itulah yang aku cuba lakukan jua. Cuma cepat atau lambat saja.Sabar-sabar ye? Lagipun,segmen terjah dan acah-acah saja akan tetap berjalan dari masa ke semasa.Itulah salah satu caraku untuk membalas .

Oklah,aku pun nak berkongsi tips kali ini walaupun aku rasa aku masih belum layak untuk kasi tips.Tips ini kuamalkan dan setakat ini, memuaskan.(some of the tips melalui pembacaan dan diberikan oleh Sifuku , Melz ) Walaupun hasilnya takdelah banyak,namun aku sudah cukup puas hati .3 tips kali ini,banyak-banyak panjang pula dan tak larat nak baca bak kata Ween :
1)Jangan pandang ringan pada survey Nuffnang di blog Manager dan juga Edit Survey (sebelah-sebelahje).Dari survey inilah Nuffnang boleh pilih ads apa yang nak letak di blog anda.Jadi,updatelah dia sedetail-detail yang mungkin (Penting sgt ni)
2)Pelbagaikan entry.Tak salah nak bercerita kisah peribadi namun selitkan perkara lain seperti makanan,travel, shopping, barangan pengguna, testimonial kita dan sebagainya.Barulah mudah dapat Buffered Earning(lebih lanjut kena tanya orang yang lebih berpengalaman cam Melz dan Kak Jie) .Tak caya tanya Abang SharingInfoz, dah berpuluh-puluh buffered dia dapat.Trafik memanglah penting,namun entry pun tidak kurang pentingnya..
3)Bagi blog baru cuba jalinkan hubungan persahabatan di alam maya ini.Tinggalkan komen membina dan once in a while, bercerita dan cubalah linkkan blog mereka di entry anda.Tentu mereka menghargainya. Aku tak tahu apa itu/teknik google page ranking dan juga Alexa, dan andainya jika aku bercerita dan linkkan blog bloggers lain di entryku boleh menjejaskan prestasi Alexa dan pagerankku,aku tak kisah,biarkan aje. Persahabatan aku utamakan.
Word of mouth is very powerful tools nowadays. Ada masa,sertailah event-event Nuffnang supaya dapat mengenali lebih ramai bloggers-bloggers di luar sana. Sebab itulah aku juga masih setia dengan Nuffnang. Wang bukanlah sebab utama aku memilih pengiklan. Kepuasan hati lebih penting bagiku.Siapa cakap Income Nuffnang tak lumayan? Tepuk dada tanya selera, nak dapat Income menarik, mestilah ada ujiannya dulukan?Begitulah juga Nuffnang rasanya.
Apapun,terima kasih Nuffnang.Aku mahu ucapkan lagi , bahawa :
P/s :Betul kata sesetengah bloggers,kalau kita terlalu mengejarkan wang dalam berblog, kita mudah terkandas di tengah jalan. Namun, jika kita minat dan teruskan usaha, duit itu akan datang kepada kita. Remember, the Law of Attraction? Hik3….Apa pula pandangan anda?Seronok tak berblog?
P/s/s : Seperti kata Melz dan Sharinginfoz, “Sharing is Caring, Sharing is Power”. For myself, i trust in the word, “Teach Others,Learn from Others, The More You Give,the More You Will Get”.Anyway,lebih kurang sama je maknanyakan.Apa pula pengalaman anda?Tentu lagi bestkan?Willing to share?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

67 thoughts on “My ? Cheque From Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.