Malam Pertama

Inilah pengalaman malam pertamaku. Ussh, pengalaman begini bolehke dikongsi? Takpelah, aku berkongsi demi kebaikan bersama, tak salahkan? Rasanya gambar lebih sesuai kan? Inilah gambar terpilih yang belum ditapis olehku lagi:
Pengalaman Malam Pertama di Melaka
Pengalaman di malam pertama Bercuti di Melaka.Hik3,siapa yang kena lagi ye? Ishh2, laju je korang ni.
Hotel Mesra Mutiara menjadi pilihan
Plan asal nak bermalam di Hotel Seri Malaysia namun semua fully booked. Jadi, hotelni je la kami bermalam. Betul-betul di bandar Melaka.Yang ni pun antara termurah, RM160 semalam untuk satu katil queen dan katil double decker. Yang lain-lain majoriti RM200 ke atas. Alah, setakat nak tidur je pun kan?
Bazaar Malam di Dataran Pahlawan Melaka
Memang meriah, penuh orang lebih-lebih lagi sempena Cuti Chinese New Year. Plan nak pi naik Taming Sari malam tu, namun :
Punyalah ramai orang
Punyalah ramai orang beratur, jadi kami batalkan niat tu dulu. Alah, besok lusa pun sempat lagi kan?Rezeki kami baik pula tu, masa bazaar tu ada persembahan dan nyanyian istimewa daripada :
Jamal Abdillah
Lagu Gadis Melayu dinyanyikan.Best-best!!
Amboi, sempat lagi menjeling
Ayu dan anggun
Memang best Jamal Abdillah menyanyi. Kesian mak mertua ku tak sempat tengok dia nyanyi, dia nyanyikan satu lagu je malam tu. Masatu mak mertua aku masih di hotel, dia memang minat giler kat Jamal Abdillah ni. Plan seterusnya nak tengok wayang .
Beca Berhias Melaka
Singgah di TGV Melaka, namun hampa, tiada cerita yang menarik kurasakan untuk ditonton.Lepastu tengok banner ni , menarik juga :
Lu Fikirlah Sendiri The Movie
Namun, bila teringat dan terbaca di BeautifulNara yang Nabil pun cakap cerita ni tak best, kami batalkan niat tak jadi menonton wayang. Nak tengok wayang kenalah tengok cerita yang berkualiti kan?
Balik tu, sedih dan tersentuh hatiku bila terserempak dengan :
Mamat ni
Demi Mencari rezeki
Dalam kita bergembira, ramai lagi yang bersedih di luar sana kan? Itulah, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, perbaiki diri, dan membantu insan lain mengikut kemampuan kita. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing kan?

Betul, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.Aku dulu pun pernah satu ketika hanya ada RM1 di wallet ku semasa zaman belajar, duit di bank telahpun kosong dan duit biasiswa seminggu lagi bakal masuk.Jadi, korang bayangkan lah sendiri aku di masa itu.

P/s : Cerita Percutian di Melaka bakal menyusul beserta segmen terjah juga. Percutian di Melaka memang best dan mengujakan. Anda pula bagaimana, pernah pergi  dan bercuti di Melaka tak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

60 thoughts on “Malam Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.