Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya

Cantik Siti Nurhaliza sebelum dan selepas kahwin, kan?

Apa kaitan tajuk dengan entry kali ini?Sebelum aku pergi lebih jauh, aku mahu terangkan maksud peribahasa di atas. Maksudnya adalah : “Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat” .
Entry ini juga ditulis untuk menjawab persoalan daripada Sweetdarling iaitu :
“Dah terima cek gak semalam, tp idokler aku mampu nak cash out sebulan sekali.. ini 1st cek aku sejak setahun lebih berblogging dah jumpalah tak sampai pun RM300.. buleh bg tips skit”
Eyriqazz hanya ingin menyentuh satu saja tips arini yang mana saudara Melz telahpun ceritakan di blognya sebelum ini yang sesetengah bloggers kadang-kadang pandang remeh pada perkara ini.Tips itu adalah :
Update/Kemaskini Survey Nuffnang
Jadi,cuba lengkapkan survey dan jangan membuat kerja tidak pernah siap @terbengkalai Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya. Ok,kali ni saya tambah skit mengapa Survey ni penting pada pandangan peribadi dan dari sudut saya sendiri yang pernah ambil ‘Marketing’ masa belajar di Universiti dulu.
Blogger Profile Survey
Nampaktak part pertama yang dia tulis tu? “In our efforts to push your blog for more campaigns among our clients we need to know a little bit more about you and your blog to use in blogger profiles. Could you please take a few minutes of your time to answer these questions?:”
Yangni  ada 4 soalan je iaitu pekerjaan,hobi,blog kita pasal apa dan keunikan kita?Haa,tengok baik-baik ayat dia tu.Dari sinilah first step Nuffnang akan assignkan iklan-iklannya.Contohnya la,blog kita pasal  sukan lelaki,agak-agak sesuai ke Nuffnang nak iklankan pasal produk kecantikan wanita di blog kita?Lainla produk Adidas or etc.
Soalan ke 4 tu yang catchy skit,kalau kita tengok2 balik top bloggers yang selalu dapat Advertorial Job,apa lagi yg mereka ada?Sudah tentu keunikan yang tersendiri , contohnya Redmummy gilakan merah , Kennysia memang lawak dan menghiburkan dan BeautifulNara pula entrynya gosip artis terkini,  memang sempoi dan santai membacanya.
Survey di Blog Manager
Part 2
Survey yang satu lagini pun penting, dan mengapa ianya penting?
1)Berapa kerap anda update blog?Secara logiknya,tentu la Advertorial Company suka advertisekan kat blog yang selalu updatekan? Jadi iklannya tak bersawang dan orang lebih ramai/berbeza masuk blog kerana orang masuk di internet berbeza-beza.Contoh mudah,dulu redmummy tulis entry lebih daripada 5 sehari.Skangni pun at least 3 entry.Lainla anda ada aura sehebat Hanis Zalikha mahupun Kennysia, update seminggu sekali pun beribu-ribu akan terjah blog anda.
2)Kategori blog, About yourself,group reader, komen, jantina pembaca dan selebihnya ?Yang ni pun penting terutamanya untuk mendapatkan Buffered Earning.Nuffnang ada lebih kurang 100 ribu blog yang berdaftar bawahnya,jadi melalui survey inilah dia nak bahagikan/rekomenkan Buffered kepada pengiklan.Contohnya, kalau nak iklankan ‘pampers baby’ group reader mana yang sesuai?Blackberry dan produk kecantikan?Melainkan iklan ini dikasi menggunakan robot,lainlah.Robot pun perlukan info untuk bahagi-bahagikan iklan juga dan melalui survey inilah cara paling mudah untuk membahagikan iklan.
Nak tambah lagi actually,namun panjang-panjang boring pula nanti.Jadi,apa tunggu lagi?Cepat-cepatlah :
1)Update Survey Nuffnang
2)Kasi detail yang lebih terperinci,seperinci boleh.Dalam bahasa Melayu pun boleh.
3)Kemaskinikan lah Survey selalu (sekali sebulan or setiap 3 bulan ke)
Alah,Abang/Pakcik Eyriqazz(huhuhu) ni,cakap je lebih.Hik3…Walk the talk is better kan?Jadi,ini untuk sumber Inspirasi anda dan saya sendiri :
Buffered dan Metered Earning bulan ini
Tak banyak,tapi at least,tiap-tiap minggu selalu masuk dan jumlah semakin bertambah dari minggu ke minggu.Kalau dulu,Buffered ku sekitar RM1-RM10.Skang ni boleh dikatakan semuanya lebih RM10.Ok la kan untuk aku yang masih baru lagi?Ingat,bila ada semangat dan kesungguhan,duit itu akan datang kepada kita.Hehehe,Law of Attraction still apply di sini .
P/s :Apa pula pandangan anda?Pentingtak Survey Nuffnang tu?For me, penting dan Alhamdulillah,tiap-tiap bulan dapat cek Nuffnang dan jumlahnya pun dan nampak ada perubahan.Di mana ada kemahuan di situ ada jalankan.Jangan jadi Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya ye?
P/s/s : More tips in the future.Stay tune dan saya kongsi-kongsikan pengalaman saya yang tidak seberapa ini.Nak tanya pembaca, yang mana anda lebih suka untuk entry seterusnya “Tips untuk meningkatkan Komen di Blog Anda ataupun Tips Menambahkan Visitors ke Blog Anda? ”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

80 thoughts on “Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.