Lompat Si Lompat Tikam

Semalam,Isteri ajak pi Carrefour.Dinner dan shopping barang keperluan skit di sana.Sampaije di sana,alahai,rezeki aku la.Pengasuh Alisya kirimkan kuih.Fuhh,memang best kalau kuih-kuih yang dibuat oleh Pengasuh anakku itu.Yerla,masakan anak Kelantan jati.Nyam,nyam,sedapnya dapat makan :

Lompat Tikam
Di tambah pula dengan :

Rojak Buah

Kacang Rebus(Fuhh,memang Bestt!!)
Namun,aku masih tertanya-tanya.Kreatif betul la orang-orang tua dahulu.Pelbagai jenis kuih yang sedap-sedap di Malaysia ni namun sesetengahnya nama agak pelik dan cam tak sesuaije ngan rasanya.Contohnya :

Kuih Batang Buruk
Ohh,Kuih Batang Buruk,walaupun Batangmu buruk, rasamu begitu menggiurkan dan mengujakan.Tiap-tiap kali nak raya,tak sah kalau tak beli,kan?
Kuih Badak Berendam
Fuhh,one of my favourite ni.Sedap sehingga menjilat jari manis.Hik3,kalau kembarnya pula,agak-agak selera tak korang nak makan?.Ala,yang ni :

Badak Berendam juga,Hik3…
How about this one?

Kuih Tahi Itik
Fuhh,tahi itik pun boleh makan?Adushh,tak pernah try lagi kuih ni.By the way,betul ke gambar Kuih Tahi Itik ni?Yang ni lagi cute dan menarik :

Cik Mek Molek
Ala,takde la Comel mana pun kuih nya.Biasaje.Tapi rasanya memang menusuk kalbu dan syokk….Ahai,Cik Mek Molek.Senyumlah,senyumlah,Ahai Cik Mek Molek.Apa lagi ye kuih-kuih lain yang nama pelik tapi rasanya memang sedap?Bak Kata Kak Jie, ”Hidup Biar Sedap”.
Zaman dah berubah,jadi nama pun sudah dikomersial kan dan caranya pun semakin menawan.Tentu korang tergoda tengok kuih ni :

Puteri Beradu

Embun Menitik
Hehehe,memang boleh tertidur makan kuih Puteri Beradu.Embun Menitik,fuhh,menitik-nitik air liur aku di buatnya.Nyam2,bila nak pi makan Embun Menitik lagi ye?Buat aku lapar je daa….
Last but not least,kalau dah makan Lompat Tikam ,tak sah kalau tak melompat.Jadi, jomlah kawan,kawan…1,2,3…Kita :

Lompat Sama-sama
P/s :Mamat baju biru yang tak lompat ni nak kena tikam ni.Hihihi,mungkin begini kot asalnya kuih Lompat Tikam.
P/s/s : Psst,psst,aku masuk paper la bulan lepas.Tak perasan pula.Rasa glamour la pula lepas masuk paper ni(Perasan sorang!!) .Hahaha….Paper apa?Bolehla rujuk disini : Success Stories

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Lompat Si Lompat Tikam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.