Kesetiaan Ku Diuji

Kenapa begini jadinya? Kusangkakan panas sehingga petang, namun hujan di tengah hari. Ohh, kesetiaan ku betul-betul diuji. Pilihan dan keputusan perlu ku buat. Di telan mati Mak, diluah mati ayah. Serba salah aku dibuatnya.Why,Why Me? Kenapa aku yang diuji sebegini?Ohh,susahnya :
Untukku membuat Keputusan
Pertemuanku dengan gadis cantik itu di sebuah Pasar Raya telah meruntun perasaan dan sanubariku. Adakah aku perlu curang? Aku begitu sayangkan mu,Sayang. Aku setia denganmu sejak dulu lagi dan aku tidak pernah beralih angin. Susah senang dilalui bersama dan dikau telah banyak menolongku terutamanya dalam kewangan. Tanpamu, mungkin susah untukku meneruskan sisa-sisa hidup yang penuh cabaran ini.
Namun, Iman ku semakin tergugat. Susah untuk kulupakan pelawaan yang begitu menarik itu. Once in a lifetime opportunity, susah untuk kulepaskan. Berbulan-bulan aku memikirkan pelawaan tersebut, dan agak susah untukku membuat keputusan, namun keputusan perlu dibuat. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Akhirnya, aku membuat keputusanku beberapa minggu yang lepas. Maafkan aku Sayang, aku terpaksa curang kepadamu walaupun telah bertahun-tahun aku setia kepadamu. Aku curang kepadamu demi :
AEON Credit Card
Maafkan ku Sayang (Maybank Credit Card), aku curang kepadamu.Tawaran AEON Kredit Kad begitu menarik dan sukar untuk kulepaskan. Sistem pointnya lebih menarik dan aku dan Isteri adalah pengguna setia JUSCO.Setiap tahun, tanpa kredit kadpun ,lebih RM100 voucher kami perolehi.Dengan kredit kad, jumlah ini akan menjadi berganda . Sedangkan dengan point mu, nak dapatkan voucher RM10 Pizza Hut pun dekat 3,000 point (RM3,000) perlu dibelanjakan . Dengan AEON tidak sampai 1,500 point (RM1,500 guna kad) aku sudah ble dapat voucher sebegitu. Aku terpaksa curang kepadamu namun jasamu tetap ku kenang.
Hik3, siapa yang terkena ya? Gadis cantik itu adalah promoter yang mempromosikan kredit kad di JUSCO itu.Hehehe, aku rasa aku membuat pilihan yang tepat. Sebagai pengguna ,kurasakan aku layak untuk memilih pilihan yang bersesuaian dengan citarasaku dan menjanjikan kegembiraan buatku.Isteriku suka benar shopping di Jusco dan memang selesa shopping disitu.Kemudahannya memang memuaskan.
P/s :Bukan aku saja yang curang. Isteriku juga ku pujuk untuk curang.Hasilnya, both of us adalah pengguna AEON Credit Card now. Bagi kami, “Kami Mesti Pilih”.Baguske curang-curang ni ye?
P/s/s :Anda pula bagaimana? Kredit Kad apa pilihan anda?Kalau saya memilih JUSCO, apa pula pilihan anda?
P/s/s/s :Berhati-hati menggunakan kad kredit. Tersilap langkah, buruk padahnya. Honestly, kredit kad ini lebih by membawa keburukan daripada kebaikan tapi ianya bagaikan satu keperluan kini.Betultak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

49 thoughts on “Kesetiaan Ku Diuji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.