Kalau Sudi Katakan Sudi, Tidak Aku Ternanti-nanti

Siapa Bilang Gadis Melayu tak menarik hati
Sungguh menawan sekali
Cantik dan tergoda sejuk memandang berkali-kali
Cinta Si Aus ini namun dia terluka hati
Siapa Aus ni?Ni bukan segmen terjah ye.Ni segmen acah-acah aje.Nanti ada masa mungkin aku akan terjah dua orang yang aku nak sebutkan ini.Inilah dia  :
Aus Melankolik hensem kan?
Namun,jangan mudah tergoda dengan kehensemannya.Hatinya lembut dan dia mudah merajuk.Sila rujuk entry ini .Oh ya,dia ni baruje ‘frust’ menunggeng.Dengan seorang gadis melayu yang sangatlah cantik juga.Inilah kisahnya :
Oh gadis itu , namanya rahsia hatiku
Wajah cantik menawan aku kelu
Namun mengapa kamu buat-buat tak tahu
Aku cinta padamu kau buat aku keliru
Kalau sudi katakan sudi
Tidak aku ternanti-nanti
Berat sungguh rasa hati
Kau permainkan hatiku ini
Sedarkah kamu rajuk hati ku ini
Luar macho namun aku juga ada hati
Oh mengapa kau tidak menjawab cintaku berkali-kali
Aku rasa hensem juga diriku ini
Gadis-gadis di luar sana aku masih mencari
Yang Cun dan Cantik saja pilihan hati
Jika ada yang berkenan kat diri ini
Mehla singgah di blog saya ini
Lain pula dengan mamat ini :
Bean Moreno penulisanmu berseni
Bean Moreno nama diberi
Sudah berpunya sudah ada isteri
Pengantin baru,moga-moga tahun ini
Dikurniakan anak dimurahkan rezeki
Oh Bean Moreno kenapa peliknya ‘nickname’  dikau ini
Aku suka,kenapa kau mahu peduli
Perwatakan menarik kadang-kadang geli hati
Bila main boling longkang saja yang kau kejari
Kalau Sudi katakan Sudi
Bukan untukku,untuk Si Isteri
Oh Romantik juga Si Bean Moreno ini
Amcam,oktak pantun ku untuk mereka ini?Untuk Aus dan Bean Moreno,jangan marah ya.Sesetengah tu aku tambah perencah sendiri untuk sedapkan intipati entry ini.
Wanita di luar sana apa tunggu lagi
Peluang begini susah dicari
Aus yang hensem itu cepatlah anda kejari
Siapa dapat bertuahnya diri (Hik3)
Bean Moreno bertuahnya Isteri
Siapa nak adakan event boleh ajak dia ini
Personaliti santai menarik hati
Sekali berborak mesti tak kering gusi (Hik3 lagi)
Apa yang ditunggu lagi
Terjah la mereka berkali-kali
Inilah link mereka ini ( Aus dan  Bean Moreno )
Sekali singgah mungkin nak singgah lagi
P/s :Amcam,oktak pantun yang ku buat ni?Tengah takde mood mana nak menulis,jadi saja aku menyakat mamat dua orang ni.Rakan bloggers yang baru kukenali.Menarik sungguh personaliti mereka ini.Sungguh aku tidak rugi berblog dan mengenali lebih ramai kenalan buat koleksi peribadi.
P/s/s :Siapa yang nak aku dedicatekan pantun untuk mereka?Cepat-cepat angkat kaki.Ada masa aku dedicatekan pantun untuk korang sekali.
P/s/s/s :Pantun itu tradisi Melayu.Anda semua macam mana?Suka berpantun tak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Kalau Sudi Katakan Sudi, Tidak Aku Ternanti-nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.